Rabu, 21 Januari 2009

Ekonomi menguncup stabilkan permintaan dan bekalan pelaut



Keadaan ekonomi dunia yang menguncup dijangka akan merapatkan jurang di antara permintaan dan bekalan para pelaut oleh industri maritim.

Pada ketika ini industri maritim global dianggarkan kekurangan 20,000 orang pelaut. Ini kurang 14,000 orang daripada anggaran yang diberikan oleh Drewry Shipping Consultants seperti yang disiarkan di blog Meredah Samudera tahun lepas.

Untuk rekod, seseorang pelaut akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun mengikuti program pelaut dari tamat persekolahan sehingga menjadi seorang pelaut berpangkat Nakhoda atau Ketua Jurutera Marin.

Berita lanjut boleh didapati DI SINI.

Dalam perkembangan yang lain, pengerusi syarikat Rogers Holding yang berpangkalan di Singapura mengesyorkan para pelabur supaya 'menjauhi' dengan Dolar Amerika, kerana nilai dolar dijangka akan merudum dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata, "Amerika asyik mencetak wang sahaja. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan ekonomi negara itu, walau pun tindakan begitu akan menjahanamkan nilai Dolar Amerika."

Berita lanjut boleh dibaca DI SINI

2 ulasan:

FaDLi berkata...

"Pada ketika ini industri maritim global dianggarkan kekurangan 20,000 orang pelaut."

Semalam terdapat satu perjumpaan di antara kadet jurutera marin dengan pihak atasan ALAM.

Pihak atasan menyatakan sekarang, ekononomi industri perkapalan telah menurun. Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat-syarikat perkapalan telah mengurangkan biasiswa-biasiswa kepada kadet untuk melanjutkan pelajaran di akademi-akademi maritim sedunia.

Jika tahun lepas, pengambilan kadet baru (DME 25) adalah sebanyak 250orang. Tetapi pada tahun ini, kemasukan July 2009, kadet jurutera marin adalah dianggarkan lebih kurang 150orang shj disebabkan kemerosotan penawaran biasiswa daripada syarikat-syarikat drpd industri maritim dan offshore iaitu kurang sebanyak 100orang dari tahun lepas.

Disebabkan itu juga, untuk mengurangkang kos, satu lagi program yang baru, "Bridging Program" telah diperkenalkan iaitu khas untuk graduan-graduan sarjana muda Mekanial drpd IPTA/IPTS. Mereka hanya akan dilatih selama 6bulan berbanding 3tahun untuk program diploma dan sekaligus dapat menjimatkan kos.

Tambahan pula, pengambilan untuk Bridging Program akan ditambah dari semasa ke semasa. Setakat ini, pengambilan adalah sekali setahun dan kemungkinan akan dinaikkan 2 pengambilan setahun.

Imran Yusuf berkata...

Sdr FaDLi,

Terima kasih kerana memberikan maklumat yang menarik ini.

Sekiranya ada lagi fakta dan maklumat seumpama ini, saya amat mengalu-alukan.

Selamat maju jaya.

-Imran Yusuf-