Sabtu, 9 Ogos 2008

Lanun menembak kapal dagang Singapura



Sebuah kapal dagang milik Singapura, Gem of Kilakari, diserang lanun di utara pantai Somalia Jumaat lalu. Kumpulan lanun itu menggunakan dua buah bot laju sambil menembak sebutir bom tangan menggunakan senjata jenis RPG ke atas dek kapal tersebut. Bagaimana pun bom itu tidak meletup.

Mengikut laporan oleh pihak International Maritime Bureau (IMB) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, serangan itu berlaku di timur Teluk Aden. Walau bagaimana pun, nakhoda telah meminta bantuan melalui talian kecemasan khas yang disediakan. Sebuah kapal perang milik dari armada Fifth Fleet Amerika Syarikat, USS Peleliu, dihantar bagi membantu kapal tersebut.

Pihak lanun segera berundur setelah menyedari ketibaan kapal perang itu.
Perairan sekitar pantai Somali memang terkenal dengan kegiatan lanun. Sebelum ini pun pada 7 Julai sebuah kapal tangki kimia milik Jepan diserang, manakala pada 18 Julai kapal tangki Panama diserang lanun.

Pada 20 Julai lanun merampas Stella Maris, kapal jenis bulk carrier dilarikan ke pantai Somalia dan pihak lanun menuntut wang tebusan dari pemilik Jepun itu.

0 ulasan: