Isnin, 4 Jun 2007

Poligami Sering Disalah Faham

Sungguh pun poligami tidak dibenarkan oleh undang-undang Amerika Syarikat, tetapi ia diterima masyarakat di setangah negara dan dibenarkan di dalam beberapa agama, termasuk Islam.

Abu-Ibrahim Mohamed, seorang ahli Persatuan Islam Daerah Seacoat Dover, orang Muslim menjadikan Islam sebagai panduan hidup termasuklah di dalam perkara poligami.

“Islam mempunyai padangan yang tersendiri dan merupakan cara hidup yang serba lengkap,” kata beliau di dalam email yang beliau hantar kepada akhbar.

Muslim menganggap perkahwinan sebagai institusi suci dan sebuah komitment yang serius, kata beliau.

Poligami adalah sebuah kontrak yang dikawal ketat yang menggandakan akujanji perkahwinan. Maka ia menjadi cabaran tambahan kepada pengikutnya, kata beliau.

“Poligami kerap dipandang dari sudut hak lelaki berkahwin dengan lebig daripda seorang wanita, kata beliau. “Pandangan sebegini kurang tepat.”

Kata beliau, sepatutnya ia dipandang dari sudut hak seorang wanita mendapat penjagaan dan saraan, dan untuk mendapat hak sepenuhnya sebagai seorang isteri.

Qur’an memberi garis panduan kepada poligami seperti juga aspek kehidupan yang lain, kata Abu-Ibrahim.

Ada keadaan yang membolehkan poligami, tetapi ada kalanya ia tidak dibolehkan. Isu ini kerap disalah-faham, malah di kalangan sesetengah orang Islam.

Stereotaip juga menyebabkan salah faham, sehingga orang Islam di Amerika Syarikat mengambil sikap defensif dan apologetik yang memburukkan lagi salah faham itu, kata beliau.

Abu-Ibrahim berkata ramai Muslim Amerika berpendapat mengharamkan poligami bererti menafikan hak penuh beragama bagi sebahagian daripada warga Amerika.

Kata beliau, ramai Muslim Amerika “tidak mengerti alasan di sebalik pengharaman poligami, sedangkan amalan yang tiada punya asas moral atau perundangan dibiarkan berleluasa.”

Namun begitu membenarkan poligami tidak bererti keadaan juga sesuai untuk poligami diamalkan, kata beliau. Norma budaya semasa, keadaan ekonomi, atau peraturan mungkin menjadikan ia tidak dapat diamalkan.

Oleh sebab itu, tidak mungkin ramai orang Islam Amerika yang mengamalkan poligami jika pun ia dibenarkan oleh undang-undang, kata beliau.

Debra Majeed, penolong professor pengajian agama di Kolej Beloit di Wisconsin, telah menjalankan kajian mengenai poligami di kalangan masyarakat Islam di Amerika.

Amalan poligami (lelaki mengahwini lebih dari seorang isteri) terhad kepada golongan minoriti di dalam masyarakat Islam di dunia, dan tidak sampai satu peratus (1%) di kalangan masyarakat Islam di Amerika yang mengamalkannya, kata Debra.

(oleh CHLOE JOHNSON)

0 ulasan: