Khamis, 21 Jun 2007

Poligami dan Pilihanraya Presiden Amerika

Amerika akan mengadakan pilihanraya presiden pada tahun 2008, bagi memilih presiden menggantikan Presiden Bush yang akan tamat tempuhnya.

Di antara yang menawarkan diri menjadi calon ialah Senator Hilary Clinton (isteri mantan Presiden Clinton) dan Senator Barack Obama. Kedua-dua mereka dari Parti Demokrat.

Manakala dari Parti Republikan, antara yang menawarkan menjadi calon ialah Senator Mitt Romney, seorang penganut Kristian dari mazhab Mormon. Penganut Mormon terkenal dengan amalan poligami di wilayah Utah, AS.

Mendiang moyang beliau mempunyai lima orang isteri manakala bapa moyang beliau mempunyai dua belas orang isteri.

Laluan Senator Mitt Romney bagi menduduki takhta di Rumah Putih dijangka sukar kerana imej poligami yang amat tidak popular di kalangan warga AS.

Begitulah nasib warga AS yang mempunyai hubungan dengan penganut Mormon, yang terkenal dengan amalan poligami.

Kita menunggu seorang pemimpian dari sebuah negara umat Islam yang berani menonjolkan amalan poligami.

1 ulasan:

Anonymous berkata...

Sultan Brunei.