Khamis, 7 Jun 2007

Poligami dan Travelogue?

Seorang teman memberitahu syarikat tempat dia bertugas memiliki banyak lori pengangkutan dan kerana itu mengambil ramai pemandu lori bagi membuat penghantaran barangan di dalam kontena dan kontena kosong.

Banyak lori yang digunakan untuk penghantaran kontena ke lokasi di luar Lembah Kelang seperti ke Johor, Kedah dan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Beliau mendedahkan ramai di kalangan pemandu-pemandu lori yang kerap membuat penghantaran kontena ke luar kawasan mengamalkan poligami.

"Itu bagus," komen seorang teman lain ketika kami berbual-bual di sebuah gerai di Kuala Lumpur.

"Kenapa? Tidakkah itu seperti tidak setia dengan isteri pertama?" tanya saya, memancing jawapan dari beliau dan teman-teman lain.

"Saudara tahu tak? Kalau pemandu lori ini mengunjungi pelacur semasa berada di luar kawasan, dia berdosa. Jika dia pulang ke rumah isteri keduanya, atau ketiganya, dia dapat pahala...," kata seorang teman lain.

"Dia bawa balik bekalan untuk anak isterinya, tentu dia dapat pahala. Bukan begitu?" kata seorang teman lain.

"Bijak sungguh saudara semua. Ha, ha, ha," kata teman dari syarikat lori itu.

Kami terus menikmati teh tarik sambil berbincang-bincang tentang poligami.

1 ulasan:

MBA berkata...

Saudara Alang lagi hebat. Hantar barang guna kapal. Ini tentu kes berpoligami peringkat antarabangsa, bukan peringkat domestik sahaja ni.

ha ha ha . HA = Hidup Alang!