Selasa, 26 Jun 2007

Pengawal Yang Kasar!


Pada tahun 1975 saya telah menceburkan diri ke dalam bidang separa tentera, apabila saya diterima belajar di Maktab Tentera DiRaja, di Kem Sg Besi, Kuala Lumpur.

Kini sudah 30 tahun ia berlalu, namun saya masih menjalin hubungan yang rapat dengan rakan-rakan satu batch sehingga hari ini.

Kami mengadakan pertemuan beramai-ramai setiap sebulan atau dua bulan, mengikut kelapangan masing-masing.

Sehingga hari ini, saya dapat merasakan, apabila saya tidur dengan lena dan aman damai di waktu malam, saya sedar sesungguhnya ini adalah kerana masih ada orang 'kasar dan ganas' yang sanggup bertindak tegas bagi pihak saya bagi menjaga keamanan.


2 ulasan:

Anonymous berkata...

"We sleep safe in our beds because rough men stand ready in the night to visit violence on those who would do us harm." - George Orwell

Yang bernama Siti berkata...

Suatu hari, waktu di darjah enam, saya dan beberapa rakan sekelas yang lelaki telah berbincang-bincang tentang cita-cita. Mereka memberitahu saya yang apabila mereka mencapai umur tertentu, mereka akan menjadi ahli kongsi gelap.

Kata mereka, mereka akan merompak rumah orang bukan sebangsa. Saya protes sebab saya bukan sebangsa dengan mereka. Mereka kemudiannya memberitahu, saya tidak termasuk dalam senarai orang yang boleh dirompak kerana saya kawan mereka. Menurut mereka, jika mereka tersilap memecah masuk ke rumah saya, mereka tidak akan mengambil apa-apa.

Saya juga diberi jaminan yang nama saya akan diberitahu kepada semua ahli kongsi gelap mereka, bahawa saya di bawah perlindungan mereka.