Rabu, 4 Mac 2009

Ambil buku di stor PTS yang baru



Saya mendapat hari kelepasan hari ini. Selepas selesai beberapa urusan, saya pun mengirimkan pesanan SMS kepada Cik Syikin dari PTS Millennia, bertanya sama ada saya boleh mengambil writers copies buku terbaru yang saya karang bersama Zamri.

Beliau menelefon saya mengatakan buku itu baru masuk stor semalam. Maka saya kata, "Baguslah. Bolehlah saya ke sana."

Semasa saya sudah dalam perjalanan dan melintasi pekan Sentul, beliau menelefon lagi mengatakan lori yang akan menghantar buku itu ke stor baru sahaja keluar dari premis pencetak, bukan semalam.

Saya kata, "Tak apa, saya boleh tunggu di sana sebab saya ada masa menunggu hari ini."

Beliau mengirimkan alamat baru stor PTS yang baru di Dolomite Business Park. Semasa tiba di tingkat mezzanin stor PTS saya bertemu dengan Tuan Osman Affan yang kebetulan sedang menunggu buku-buku yang beliau pesan.

Sempat juga bertukar-tukar maklumat tentang perkembangan penulisan masing-masing serta tentang pasaran latihan. Alhamdulillah, perniagaan latihan beliau sedang berkembang pesat. Beliau akan sentiasa on the road dalam masa seminggu dua nanti kerana memenuhi jemputan sekolah-sekolah untuk mencurahkan kepakaran beliau mengenai teknik belajar kepada para pelajar sekolah.

Setelah saya mengambil buku-buku saya (gambar di atas) saya turun dan sekali terserempak dengan Tuan Osman yang menganbil buku-buku beliau dan memuatkan ke dalam kereta beliau. Saya perhatikan kereta beliau bukan calang-calang kenderaan - Toyota Hilux.

Waduh, Tuan Osman! Teruskan usaha gigih tuan. Semoga usaha niaga tuan bertambah maju dan kembang. Seorang lagi anak bangsa yang sedang menuju mercu kejayaan. Syukur.

Selepas episod di stor PTS yang baru ini saya mendapat semangat baru untuk menceburi bidang latihan, kerana ingin berjaya seperti Tuan Osman Affan juga.

2 ulasan:

kakchik berkata...

Salam Tn. Imran.

Saya pun masih menanti tempahan buku ini sampai ke MariBaca. Kiranya orang di Selangor dan KL lebih untung sebab lebih cepat dapat membaca buku yang bagus ini.

Imran Yusof berkata...

Sdr Kakcik,

Semoga buku ini laku di Tanah Rendah Sekebun Bunga...