Ahad, 22 Mac 2009

Blogging sekeluarga



Hari ini keluarga saya boleh dianggap sebagai keluarga bloggers.

Kalau dulu saya seorang sahaja yang membikin blog, akan tetapi hari ini majoriti ahli keluarga saya mempunyai blog mereka sendiri.

Blog-blog mereke boleh dikunjungi pada link yang berikut:

Imah

Noraini

Hanisah

Masnah

Hanif

Tidak semua tulisan mereka boleh dikira mencapai piawai yang boleh dibanggakan oleh para pejuang bahasa dan sastera. Namun tindakan mereka terjun ke dunia blogging ini pun sudah boleh dianggap suatu perkembangan yang positif.

Dari semua ahli yang mempunyai blog yang disebutkan di atas, saya percaya Imah, Hanisah, Noraini mempunyai blog lain di Myspace, Facebook atau Fotopages.

Walau pun buat masa ini Adham, Hafiz dan Naim masih lagi belum memasuki gelanggang blogging, tetapi insya Allah, masanya akan tiba. Begitulah harapan saya.

1 ulasan:

Imran Yusof berkata...

Terima kasih, Kak Cik.

[Sudahkah mendapat stok buku karangan Sdr Zamri dan saya yang berjudul 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah' itu?]