Isnin, 28 April 2008

Blogger semakin mendapat perhatian

Selepas pilihanaraya umum kedua belas (PRU-12) pada 8 Mac, 2008 lalu, blogger semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini.

Jika sebelum PRU-12, ada pihak menganggap ramai para blogger ialah wanita pembuang masa yang merepek tidak tentu pasal. Namun selepas tarikh itu, blogger diiktiraf sebagai golongan yang sangat berpengaruh dalam persada politik tanah air.

Sebenarnya blog sudah lama blog menjadi alat publisiti dan marketing tool yang murah tetapi amat berkesan bagi orang bisnes. Ini ialah kerana skop khalayak blog menjangkau sempadan kesemua negara di dunia. Malah ada pihak yang menganggap masa depan bisnes adalah berkait rapat dengan internet amnya, dan blog khasnya.

Bisnes yang tidak menggunakan internet akan menghadapi masa depan yang kurang menarik apabila gagal bersaing di bidang ini.

Dengan kesedaran itulah blog ini dibina dan dengan keazaman yang jitu, bidang internet akan dijadikan marketing tool penulis.

0 ulasan: