Rabu, 30 April 2008

"Hutang darah dibayar dengan kapal!" (Bhg 2)

Sebuah syarikat perkapalan nasional telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1968.

Tujuan utama syarikat itu ditubuhkan ialah untuk menunaikan segala tanggung-jawab menjadikan negara ini sebuah negara maritim. Selain itu tujuannya ialah untuk menyelamatkan wang negara yang mengalir keluar kerana kos pengangkutan produk impot dan ekspot yang terpaksa dibayar kepada syarikat perkapalan negara lain.

Dengan permulaan sebuah kapal yang diberi nama mengambil sempena bunga kebangsaan Malaysia, syarikat itu berkembang sedikit demi sedikit pada peringkat awalnya.

Prestasinya meningkat setelah didaftarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1987.

QUIZ
----
Soalan 1: Apakah nama kapal pertama syarikat perkapalan itu?
Soalan 2: Apakah nama kapal kedua dan ketiga syarikat itu?
Soalan 3: Apakah kaitan kedua dan ketiga dengan entri pertama tadi?
Soalan 4: Apakah nama syarikat perkapalan itu?

0 ulasan: