Isnin, 28 April 2008

"Meredah Samudera" Raikan Para Pelaut




Bermula di sebuah kampung persisiran pantai di Melaka, seorang remaja bertekad menjadi pelaut. Dibesarkan dalam keluarga nelayan pantai, Yaakob sangat mencintai laut, walau pun dia dan ayahnya nyaris maut dilanggar sebuah kapal dagang semasa memancing di perairan Selat Melaka.

Novel ini ditulis khas untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai kerjaya pelaut kapal dagang. Kerjaya bidang maritim masih belum dianggap sebagai kerjaya pilihan oleh para pelajar dan ibu-bapa. Pada hal bidang ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan menawarkan kerjaya yang mencabar dan berprofil tinggi, serta pada masa yang sama menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Ikuti jejak langkah Yaakob setapak demi setapak, meredah samudera sehingga ke puncak jaya.

0 ulasan: