Isnin, 6 Mac 2006

Kenaikan Harga Minyak, Kerajaan Dalam Dilemma?

Kerajaan telah membuat road-show keseluruh negara bagi menerangkan 'rasional kerajaan' tentang kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Sudah tentu telah berlaku "sesuatu" yang kita tidak diberitahu mengenainya, di sebalik tindakan ini. Kerana selama ini kerajaan tak pernah 'turun padang' untuk meminta rakyat menerima kenaikan harga minyak ini.

Kalau kita lihat sejarah kenaikan harga minyak sejak tahu 1990, kita akan dapati seperti berikut:

sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Antara ayat2 "standard" yang digunakan ialah:
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

Nampaknya 'road-show' terpaksa dibuat kerana kerajaan mendapati kenaikan kali ini bukan sahaja tidak diterima oleh rakyat kebanyak, tetapi juga oleh dari kalangan korporat dan komponen parti BN. (alang bidara - 6/3/2006).

0 ulasan: