Isnin, 6 Mac 2006

Makin Ramai Wanita Malaysia Tak Nak Kahwin

Diberitakan bahawa ramai dari kalangan wanita Malaysia yang mahu kahwin lewat atau lebih rela 'membujang' daripada berkahwin. Inilah penemuan setelah dibuat survey di kalangan wanita profesional berumur lingkungan 25-40 tahun.

Antara sebab mereka bersikap begitu ialah kerana tidak mahu berkongsi wang pendapatan mereka dengan suami mereka. Mereka ingin suami menanggung segala perbelanjaaan hidup tetapi tidak mahu suami mendapat walau sesen pun wang pendapatan mereka.

Salah satu sebab lagi ialah mereka "terlalu memilih" suami, mahu auami yang berpendapatan lima angka.

Sebab lain lagi ialah kerana terlalu menumpukan kepada kerjaya sehingga tidak berminat kepada pembinaan rumah tangga.

Kalau dilihat dari perspektif realiti semasa, mungkin sikap wanita ini dapat difahami. Mungkin juga bertambah kurangnya lelaki yang "berkualiti" dari segi kelulusan akademik. Kalau dilihat kemasukan ke institut pengajian tinggi ketika ini, dari seratus orang pelajar baru, lebih 70% adalah pelajar perempuan.

Mungkinkah sekarang lebih ramai belia lelaki yang masuk ke Pusat Serenti daripada ke Universiti?

Mungkin juga sebab itulah kita dapati lebih ramai wanita tempatan yang berkahwin dengan warga asing dari negara Bangladesh dan Indonesia? (alang bidara - 6/3/2006).

0 ulasan: