Ahad, 12 Mac 2006

Selamat sampai di Khartoum

Kapal terbang yang saya naiki dari Dubai ke Khartoum flight Emirate EK 733 berlepas dari Dubai pada pukul 3.00 petang.

Saya berasa gembira kerana yang duduk di sebelah saya ialah seorang Malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat procuremen bagi OGP. Kami berbincang mengenai berbagai perkara dan banyak maklumat yang saya dapat dari beliau.

Selepas makan malam yang agak mewah (best betul naik Emirate nih..) saya tertidur sehingga 30 minit sebelum waktu mendarat di Khartoum baru terjaga. Waktu tempatan 6.30 petang waktu tempatan hari Jumaat 10 Mac.

Selepas menunggu lebih kurang 20 minit imigresen memberikan cop nya membernarkan saya masuk ke Sudan. Lespa itu kena tunggu lagi setengah jam baru dapat baggage dan keluar tanpa perlu pemeriksaan kastam. Em, senang juga saya ke sini dan masuk ke negara ini.

0 ulasan: