Khamis, 5 Oktober 2006

Perjalanan Balik Berhari Raya




Tidak lama lagi menjelang hari raya, ramai akan balik ke tempat asal masing-masing bagi merayakan hari lebaran bersama keluarga dan orang yang dikasihi.

Waktu itulah merupakan saat gembira yang dinanti-nantikan. Sambil bersolat sunat hari raya dapatlah bertemu sahabat handai dan kaum kerabat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Namun ada juga yang bersedih di hari raya akibat kemalangan jalan raya. Setiap tahun walau pun pihak berkuasa (polis, JPJ dan lain-lain) mengadakan kempen keselamatan jalan raya angka kematian semakin meningkat.

Semoga kita bersikap bertimbang rasa sesama pengguna jalan raya dan bersabar menghadapi karenah pemandu dan kesesakan trafik di perayaan tahun ini.

Tidak ada di antara kita yang meminta kemalangan tetapi tindakan dan sikap kita perlu menterjemahkan azam dan kemahuan kita.

Selamat Hari Raya. Bermaaf-maafanlah di antara kita. Berhati-hati di jalan raya.

0 ulasan: