Rabu, 29 Oktober 2008

Harapan seorang penulis sambilan

Apabila tiba waktu menerima cek duit royalti, masa itulah tahap rasa menyesal pada paras yang tertinggi.

Pada masa itulah saya rasa sepatutnya saya telah menulis lebih banyak buku. Ketika itulah saya berhasrat untuk lebih giat berkarya, supaya apabila tiba waktu menerima cek royalti yang akan datang, jumlahnya berlipat kali ganda lebih banyak yang diterima sekarang.

Akan tetapi di waktu saya duduk di meja mengadap komputer, tenaga yang ada sekadar sisa-sisa untuk hari itu. Daya kreatif sudah berada di tahap paling minima. Maka dengan tenaga dan daya fikir yang minima itulah dicurahkan untuk karya. Maka hasilnya pun sekadar minima sahaja.

Namun menjadi penulis sambilan ada kelebihannya. Bagi saya, aktiviti menulis bermatlamat menggiat minda berfikir dan hasilnya tunggu sahaja selepas berusaha sekadar yang termampu.

Pendapatan dari kerja tetap masih ada untuk menyambung hidup diri dan tanggungan. Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi beberapa buah buku yang terhasil.

Kalau ada buku yang lambat terbit tidak mengapa. Janji akan terbit juga akhirnya. Kerja menulis pada kadar minima diteruskan, tanpa henti.

Apabila tempuh bersara dari kerja tetap pada umur 55 tahun, diharapkan jumlah buku yang terhasil sudah mampu menghasilkan royalti yang mengalir secara tetap dan berkala, cukup untuk menambah pendapatan kepada duit KWSP yang terkumpul, bagi bekalan di hari tua.

Cukup untuk menyara hidup saya dan isteri (atau isteri-isteri) -- anak-anak semuanya harapnya sudah berpendapatan sendiri.

Mengapa awak suka memancing?

Apabila seseorang pemancing ditanya soalan itu, berbagai jawapan mungkin diberi.

"Saya suka memancing ketika laut tidak bergelora. Apabila melihat laut yang tenang hati saya rasa tenang."

"Saya suka memancing di kawasan hutan bakau. Ikan siakap dan mangrove jack memang banyak di kawasan kayu bakau."

"Saya suka memancing di waktu petang. Apa melihat susana langit petang di kaki langit saya merasa seronok."

Apa jawapan anda?

Isnin, 27 Oktober 2008

"Penyatuan" beberapa blog

Blog saya yang berikut telah saya satukan di dalam blog Cabe 4 Tok Mek Ngah ini:

(1) alangbidara.blogspot.com > alang bidara blog
(2) alangbidara2.blogspot.com > kembara alang bidara
(3) alangc4.blogspot.com > cabe 4 tok mek ngah
(4) imranyusuf.blogspot.com > imran yusuf
(5) undermango.blogspot.com > di bawah pohon mangga

Ekoran 'penyatuan' blog-blog tadi telah membolehkan saya 'delete' kelima-lima blog yang tersebut di atas.

Tujuan saya ialah mengurangkan bilangan blog dari 16 menjadi 11 blog sahaja. Kalau situasi mengizinkan saya ingin mengurangkan bilangan blog saya ke angka yang lebih kecil.

Justeru, bagi rakan-rakan dan para blogger yang sudah membuat link ke mana-mana blog di atas, maka bolehlah membuat link ke mana-mana blog saya yang sebelas (11) lagi itu, terutamanya blog ini, CABE 4 TOK MEK NGAH, atau BICARA PENULIS, atau MEREDAH SAMUDERA.

Terima kasih di atas kesudian mengunjungi blog saya.

Ahad, 26 Oktober 2008

Rashidah Mat Nor dengan Siri Kerjaya Mula Bisnes

Puan Rashidah Mat Nor bertugas sebagai seorang pegawai di Unit Perhubungan Awam di Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) masih sempat mencari masa untuk menulis beberapa buah buku siri memulakan bisnes dan kerjaya.

Buku memulakan bisnes lengkap dengan penerangan cara dan teknik untuk mereka yang ingin memulakan bisnes serta-merta.

Siri lokasi memancing: Kelong Bagan Lalang, Selangor dan Pengkalan Balak, Melaka

Saya pernah memancing beberapa kali di kelong di Bagan Lalang, Sepang, Selangor dan juga kelong persatuan nelayan di Pengkalan Balak, Melaka.

Pernah juga dapat hasil tangkapan yang memuaskan dan ada juga yang kurang hasilnya. Akan tetapi secara keseluruhan seronok berada di kelong menikmati suasana nyaman dan aman (tidak mabuk laut!) serta kedinginan malam.

Siri lokasi memancing: Port Kelang, Selangor

Pelabuhan Kelang menjadi lokasi memancing yang terpenting bagi saya sebagai penggemar aktiviti ini.

Oleh kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur maka Port Kelang menjadi salah satu destinasi memancing para pengail di sekitar Lembah Kelang.

Antara lokasi menarik ialah di perairan Pelabuhan Selatan, Pulau Ketam dan Pulau Indah. Kampung Nelayan Teluk Gong juga tempat memancing yang menarik.

Pernah juga saya memancing bersama Talib, Rahman Salleh, Nik, Zek dan kawan-kawan di tepi sangkar ikan berdekatan Pulau Ketam.

Yang terbaru saya memancing bersama kumpulan Alias, Aizat dan Malek dengan pekej maning IKS.

Siri lokasi memancing: Sungai Pahang

Saya pun pernah memancing di Sungai Pahang. Abdul Rahman telah membawa saya dan sepupu saya Rosli memancing dengan menaiki sampan enjin sangkut di sekitar Kampung Paya Pasir, Maran, Pahang.

Kami memancing semalaman dan bermalam dengan berkhemah di tepi sungai.

Berbagai ikan sungai yang dapat dipancing. Ikan pari sungai pun ada!

Siri lokasi memancing: Kuala Rompin, Pahang

Pernah sekali saya mengikuti Abdul Rahman Salleh pergi memancing udang galah di Sungai Rompin.

Kami sewa bot yang disewakan di Kampung Kerpal dan hasil tangkapan kurang memuaskan kerana enjin sangkut kepunyaan beliau 'meragam' dan kami cuma memancing di kawasan berdekatan sahaja. Maklumlah kayuh sampan sahaja.

Akan tetapi hati sudah puas sebab malam sebelum kami turun memancing, saudara Abdul Rahman sudah menghidangkan gulai udang galah untuk makan malam di rumah beliau - rezeki jangan ditolak!

Siri lokasi memancing: Tasik Banding, Perak

Pernah kami cuba-cuba mengintai kelah Tasik Banding, Perak.

Akan tetapi ikan yang diperoleh ialah lampam, sebarau dan yang paling banyak ialah toman.

Penat juga badan, tetapi seronok mandi air tasik dan enak makan bakar ikan sebarau!

Siri lokasi memancing: Port Dickson, Negri Sembilan

Saya dan Talib berkongsi membeli sampan fibre glass dan simpan di pantai Teluk Pelanduk. Wak Kahar (telah kembali ke rahmatullah - semoga Allah merahmati roh beliau) menolong kami menjaga sampan itu.

Enjin sangkut 15 hp kepunyaan Talib menjadi enjin yang kami angkut setiap minggu dalam bonet kereta. Hampir setiap minggu kami ke sana.

Kalau dia ada masa lapang, Wak Kahar akan ikut memancing sama. Apabila beliau ikut sama dapatlah kami memancing di perairan sekitar rumah api Cape Rachado atau Tanjung Tuan. Kami tidak berani pergi tanpa beliau kerana arus di situ laju dan hanya orang yang mahir saja yang tahu melabuhkan sauh dan memancing dengan selamat.

Kini Wak Kahar pun sudah tiada lagi dan sampan itu pun sudah hilang. Ikan pun sudah kurang di sekitar pantai PD.

Siri lokasi memancing: Sungai Besar, Selangor

Tidak lama selepas itu saya diperkenalkan pula kepada aktiviti memancing di laut dalam oleh Talib.

Kami turun ke laut melalui jeti Sungai Besar. Lama perjalanan dari Kuala Lumpur. Semasa itu saya kerja hari Sabtu. Jadi ambil cuti hari Sabtu.

Ikan yang diperoleh ialah jenahak, kerapu dan pelotan. Kadang-kadang apbila bertemu pokok nipah atau sagu hanyut tekong bawa bot mendekatinya. Ikan warna hitam bentuk ikan itu macam talapia. Tekong kata ikan ini dipanggil ikan pecah periuk. Seronok sungguh menarik ikan pecah periuk ini.

Siri lokasi memancing: Ampangan Batu, Selangor

Inilah lokasi pertama saya memancing dan tempat ini diperkenalkan kepada saya oleh seorang kawan bernama Yasin.

Tidak pernah dapat ikan, tetapi itulah pengenalan kepada aktiviti memancing.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Sejarah berulang

Setelah beberapa tahun berehat, saya mengail semula.

Lama saya 'berehat' atau kalau ikut istilah para pengail, gantung pancing.

Kali terakhir saya keluar memancing ialah bersama Saudara Talib. Talib seorang pengail tegar. Kini dia semakin high profile. Gambar beliau memegang ikan besar hasil tangkapan sentiasa terpampang di akhbar, terutama ruangan joran.

Kami berkongsi beli bot fibre glass yang kami amanahkan kepada Wak Kahar, bilal masjid Teluk Pelanduk. Tetapi kini kami sudah tidak turun ke Teluk Pelanduk. Wak Kahar sudah kembali ke rahmatullah (semoga Allah merahmati beliau). Sebelum itu Wak Kahar pernah memberitahu bot kami sudah hilang.

Seronok memancing di Teluk Pelanduk dahulu. Dalam sekitar satu baru nautika dari pantai pun boleh dapat jenahak dan tetanda.

Saya dan Talib pernah turun melalui jeti Sungai Besar meredah samudera mengail jenahak dan kerapu. Sesekali dapat juga pelotan dan pecah periuk.

Pernah juga turun ke Tasik Banding/Hutan Belum dengan niat mengintai kelah tetapi yang banyak diperoleh ialah toman.

Tetapi yang paling seronok ialah sekitar Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Hampir setiap bulan kami menuju ke Mersing untuk ke sana. Seingat saya kami akan dapat satu tong coleman setiap orang. Belanja besar tetapi hasilnya berbaloi dan hati puas. Kami rasa penat tetapi kami selalu tersenyum sampai ke telinga.

Pelabuhan Kelang pun tidak kurang juga menjadi medan mainan pengail seperti kami.

Sebelum bulan Ramadhan tahun ini saya turun ke Pelabuhan Kelang melalui pekej memancing kelolaan IKS (Ikan Kembung Sambal).

Pagi tadi saya ke kolam memancing di Batu 30, Serendah. Ikan siakap yang diperoleh saiznya agak besar. Kalau ditimbang tentunya melepasi tahap 1 kg.

Selepas waktu mandatori 3 jam tamat, Alias membawa saya ke kedai panding berdekatan. Wah! Suatu kesilapan besar. Saya membeli satu kekili dan sebatang joran. Kedua-duanya dari jenama yang agak terkenal di kalangan pengail.

Memang betul - sejarah berulang!

OP75 TTS 24 OKTOBER 2008

Nota: Tuan Hasanuddin yang menjadi hos untuk TTS kali ini. Beliau baharu sahaja menerima kenaikan pangkat yang pasti mengharumkan lagi nama RMC umumnya, dan OP75 khususnya. Terima kasih Tuan Hasanuddin, semoga Allah kurniakan rezeki yang murah dan melimpahkan rahmatNya kepada Tuan.
Maaflah, gambar tidak mengikut piawai OP75 TTS yang selama ini sentiasa terang dan jelas. Saya cuma sebagai jurugambar gantian bagi Tuan Haji Mahmood yang tidak dapat hadir kerana beliau berada di Kemaman.

Khamis, 23 Oktober 2008

Deskripsi Blog Cabe 4 Tok Mek Ngah yang dulu

"Assalamu'alaikum belako. Seleke la adik kakak, maghi pa'kat baca blog ambo ni. Ambo ni gak baghu jah nak belajar nu'lih dale internet, ho laa, oghe kata zame lo ni, kalu tak gheti gapo sekagha hal komputer ni gak, tak dok aghoh nak buat laa, tak jadi gapo satu. Hok tu la kita ni dah tuo-tuo ni pun dok te'bin jugok la. Jadi kalu ada hok tok molek tu gak, ambo nak minta maaf ba'nyok la."

Rabu, 22 Oktober 2008

Laut yang bergelora...

Sampai ke muara...

Dari gunung...

Masa berlalu

Masa yang berlalu
umpama air sungai
yang mengalir deras
sesekali lesu

Kelmarin dan semalam
umpama sesaat
tidak mungkin kembali
tidak dapat diulangi

Sabarlah sayang
sabarlah
tinggal hanya seketika
sedetik waktunya
sejengkal jaraknya.

Penantian

Kau menanti
aku menunggu
dia juga menanti
dan menunggu

Semalam berlalu
esok menanti
Masa berlalu
tidak akan kembali

Biar mekar
di taman hati
menjadi kasih abadi.

Masa yang ditunggu-tunggu akan tiba

BERSABARLAH MENANTI KELAHIRANNYA...

nantikan kelahirannya...

Selasa, 21 Oktober 2008

Zaid Akhtar bicarakan ketenangan

Dalam kemelut huru-hara hati manusia, Tuan Zaid Akhtar atau nama beliau sebenar, Tuan Mohamad Yazid Abdul Majid mampu membicarakan sakinah atau ketenangan.

Anak kelahiran Endau, Mersing, Johor ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana dia sudah dikenali melalui novel-novel beliau seperti Rona Bosphorus dan yang terbaru ialah Salju Sakinah.

Blog beliau boleh dikunjungi DI SINI.

Isnin, 20 Oktober 2008

Syarifah Salha pendidik dan cerpenis dengan tinta abadi

Syarifah Salha ialah seorang cerpenis di samping beliau seorang pendidik.

Selain menghasilkan cerpen, beliau juga menulis puisi. Anak kelahiran Jelebu, Negri Sembilan ini ialah seorang graduan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ternyata pengalaman beliau di Timur Tengah menjadi salah satu tema dan kecenderungan dalam karya beliau.

Syarifah Salha boleh disantuni melalui blog beliau DI SINI.