Saya dan Talib berkongsi membeli sampan
fibre glass dan simpan di pantai Teluk Pelanduk. Wak Kahar (telah kembali ke rahmatullah - semoga Allah merahmati roh beliau) menolong kami menjaga sampan itu.
Enjin sangkut 15 hp kepunyaan Talib menjadi enjin yang kami angkut setiap minggu dalam bonet kereta. Hampir setiap minggu kami ke sana.
Kalau dia ada masa lapang, Wak Kahar akan ikut memancing sama. Apabila beliau ikut sama dapatlah kami memancing di perairan sekitar rumah api Cape Rachado atau Tanjung Tuan. Kami tidak berani pergi tanpa beliau kerana arus di situ laju dan hanya orang yang mahir saja yang tahu melabuhkan sauh dan memancing dengan selamat.
Kini Wak Kahar pun sudah tiada lagi dan sampan itu pun sudah hilang. Ikan pun sudah kurang di sekitar pantai PD.
0 ulasan:
Catat Ulasan