Memaparkan catatan dengan label Port Kelang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Port Kelang. Papar semua catatan

Ahad, 26 Oktober 2008

Siri lokasi memancing: Port Kelang, Selangor



Pelabuhan Kelang menjadi lokasi memancing yang terpenting bagi saya sebagai penggemar aktiviti ini.

Oleh kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur maka Port Kelang menjadi salah satu destinasi memancing para pengail di sekitar Lembah Kelang.

Antara lokasi menarik ialah di perairan Pelabuhan Selatan, Pulau Ketam dan Pulau Indah. Kampung Nelayan Teluk Gong juga tempat memancing yang menarik.

Pernah juga saya memancing bersama Talib, Rahman Salleh, Nik, Zek dan kawan-kawan di tepi sangkar ikan berdekatan Pulau Ketam.

Yang terbaru saya memancing bersama kumpulan Alias, Aizat dan Malek dengan pekej maning IKS.

Siri lokasi memancing: Port Kelang, Selangor



Pelabuhan Kelang menjadi lokasi memancing yang terpenting bagi saya sebagai penggemar aktiviti ini.

Oleh kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur maka Port Kelang menjadi salah satu destinasi memancing para pengail di sekitar Lembah Kelang.

Antara lokasi menarik ialah di perairan Pelabuhan Selatan, Pulau Ketam dan Pulau Indah. Kampung Nelayan Teluk Gong juga tempat memancing yang menarik.

Pernah juga saya memancing bersama Talib, Rahman Salleh, Nik, Zek dan kawan-kawan di tepi sangkar ikan berdekatan Pulau Ketam.

Yang terbaru saya memancing bersama kumpulan Alias, Aizat dan Malek dengan pekej maning IKS.

Sabtu, 10 Mei 2008

Kenali Pelabuhan: Port Kelang




(Pemandangan Pelabuhan Barat dilihat dari Tanjong Harapan, Pelabuhan Utara)

Pelabuhan Kelang dikatakan dibina pada tahun 1893, iaitu semasa Inggeris masih menjajah negara ini. Pada ketika itu pelabuhan itu dikenali sebagai Port Swettenham. Pelabuhan terletak di muara Sungai Kelang dalam negeri Selangor.

Pada tahun 1963, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) ditubuhkan bagi mentadbir Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat. Sebelum daripad aitu, Pelabuhan Kelang hanyalah Pelabuhan Selatan dan ketika itu ditadbir oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Hari ini Pelabuhan Utara diuruskan oleh Northport (Malaysia) Berhad, iaitu gabungan dua syarikat, iaitu Kelang Container Terminal (KCT) dan Kelang Port Management (KPM). Pelabuhan Selatan kini diuruskan oleh Northport (Malaysia) Berhad. Pelabuhan Barat pula diuruskan oleh West Ports Berhad.

Bagi mereka yang ingin ke Pulau Ketam atau ke Indonesia (Sumatera), perkhidmatan feri disediakan di Pelabuhan Selatan. Di pelabuhan ini juga terdapat stesen KTM Komuter, Pelabuhan Kelang.

Peta di bawah ini menunjukkan lokasi ketiga-tiga pelabuhan tersebut:




Selasa, 6 Mei 2008

Nyaris dilanggar feri !

Beberapa tahun yang lalu, saya dan rakan pengail karib saya, Talib, bersama beberapa orang rakan telah menyewa sebuah bot untuk memancing di sekitar kawasan Pelabuhan Kelang.

Hari sudah hampir senja semasa kami menaiki bot itu dari jeti Pelabuhan Selatan. Apabila bot itu berlepas meninggalkan jeti, barulah kami sedar bot itu tidak dapat bergerak laju dan tidak mempunyai lampu yang sesuai untuk memancing di waktu malam. Tetapi oleh kerana tidak mahu waktu hujung minggu yang sudah kami sediakan untuk aktiviti memancing terbuang begitu sahaja, maka kami teruskan juga mengikuti bot itu.

Bot itu dibawa oleh seorang jurumudi dari sebuah kampung berdekatan (Teluk Gong, jika tidak silap) dan seorang pembantu. Kawasan kami memancing ialah di sekitar Pelabuhan Selatan sehingga ke jambatan yang merentasi Selat Kelang dan menyambungkan tanah besar dengan Pulau Lumut (sekarang dipanggil Pulau Indah).

Setelah memancing selepas senja sehingga pukul 9.00 malam, kami mendapat ikan gelama, ikan duri dan ada juga beberapa ekor ikan pari. Seseorang mencadangkan kami bergerak ke arah tepi kerana air sudah pasang, kerana apabila air pasang kalau memancing di tepian pun boleh dapat ikan.

Semasa bot sedang bergerak ke tepian, kami melintasi suatu kawasan laluan feri yang mendarat dan berlepas di jeti Pelabuhan Selatan. Oleh kerana bot kami bergerak perlahan dan dalam kegelapan malam, sebuah feri laju hampir-hampir melanggar kami.

Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Kami hanya tersedar apabila feri melintas pantas di depan bot kami dan bot kami terumbang-ambing dipukul ombak kesan kipas enjin feri tersebut.

“Astaghfirullah!” tercetus ucapan dari mulut Talib. “Bahaya sungguh laluan ini.”

Kami semua menarik nafas panjang setelah menyedari kami baru terlepas dari suatu mala petaka yang hampir-hampir menyusahkan kami.

Sesungguhnya malang tidak berbau.

Selepas peristiwa cemas itu saya dan Talib menjadi lebih ‘memilih’ apabila mahu mencari bot sewa untuk memancing.

Keselamatan diri perlu diutamakan walau pun di saat kita mahu berseronok memancing!