Sebelum ini, tidak ada seorang pun penulis atau perunding yang menulis buku mengenai ilmu membeli rumah dan memiliki rumah lebih daripada sebuah.
Ketika berumur 25 tahun, Tuan Shamsuddin Abdul Kadir sudah memilik empat buah apartmen. Kini beliau tidak memberitahu berapa buah rumah dan apartmen yang beliau miliki. Akan tetapi beliau bermurah hati memberitahu tip-tip yang realistik bagi seseorang yang bekerja mampu membeli lebih daripada sebuah rumah.
"Kita sudah boleh bersara ketika kita berumur 40 tahun, sekiranya kita sudah memiliki bilangan rumah yang mencukupi jumlah sewa bulanan yang kita kutip setiap bulan," begitulah lebih kurang
tag-line panduan Tuan Shamsuddin.
Buku popular beliau
Kaya Dengan Rumah akan memikat setiap pembaca dan memberikan panduan step-by-step bagi mencapai cita-cita bakal pemilik rumah.
Beliau sudah bersara dari jawatan beliau sebagai akauntan dan menjadi perunding kewangan serta pemilikan rumah sepenuh masa. Tentunya pendapatan perunding jauh lebih lumayan dari yang diperolehi seorang akauntan.
Blog Tuan Shamsuddin Abdul Kadir boleh dikunjungi
DI SINI.
2 ulasan:
Terima kasih di atas sokongan Tuan Imran kepada penulis-penulis.
"Orang yang membantu orang lain berjaya, dia akan lebih berjaya daripada orang yang dibantunya itu"
Terima kasih.
Shamsuddin Kadir
Assalamu'alaikum Tuan Shamsuddin.. sama-sama.. kita sama-sama membantu antara satu sama lain.
Catat Ulasan