Dalam arena sastera dan penulisan tanah air,
Puan Nisah Haron tidak memerlukan kepada pengenalan diri lagi.
Dalam dunia perundangan beliau mungkin lebih dikenali sebagai
writer/lawyer.
Mungkin beliau sudah menyatakan beliau sudah bersara dari dunia perundangan dan menjadi penulis sepenuh masa, tetapi saya menganggap beliau sebagai salah seorang pembela kepada semua penulis "
Advocates of All Writers". Ini terbukti apabila beliau mengarang buku
Karya Kita Hak Kita.
Apabila beliau menulis, sama ada mengenai
poligami,
lemang hari raya,
Adat Pepatih atau
hak penulis dari segi undang-undang, sasterawan muda anak kelahiran Negri Sembilan ini akan mengemukakan hujah muktamad yang jarang dapat disangkal lagi.
Sesungguhnya saya tidak terperanjat sekiranya beliau antara seorang penulis yang bakal menjadi model penulis bagi setiap anak muda di tanah air.
Puan Nisah boleh disantuni di blog beliau,
NISAH HARON ONLINE.
2 ulasan:
Sdr Imran,
Terima kasih atas entri ini. Saya hargai usaha sdr.
Semoga terus diberkati Allah.
Terima kasih kembali Puan Nisah. Kehadiran Puan menambah kredibiliti blog saya.
Catat Ulasan