Memaparkan catatan dengan label S. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label S. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2008

Syarifah Salha pendidik dan cerpenis dengan tinta abadi





Syarifah Salha ialah seorang cerpenis di samping beliau seorang pendidik.

Selain menghasilkan cerpen, beliau juga menulis puisi. Anak kelahiran Jelebu, Negri Sembilan ini ialah seorang graduan lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ternyata pengalaman beliau di Timur Tengah menjadi salah satu tema dan kecenderungan dalam karya beliau.

Syarifah Salha boleh disantuni melalui blog beliau DI SINI.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Salina Ibrahim pembawa bendera terkini PTS




Dengan terbitnya karya beliau yang pertama dengan PTS, Bukan Yang Pertama, maka resmilah Puan Salina Ibrahim sebagai pembawa bendera terkini bagi penerbit buku Melayu yang paling berpotensi ini.

Penulis kelahiran Parit Buntar, Perak ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana beliau sudah lama mencipta nama dalam dunia penulisan dan sastera tanah air. Tidak kurang juga sebagai perunding motivasi.

Blog ini berbesar hati menyiarkan ulasan mengenai beliau pada entri ini.

Puan Salina Ibrahim dapat disantuni melalui blog beliau DI SINI, dan DI SINI.

Sunthara Segar mengupas rahsia unit amanah dan insuran hayat





Tuan Sunthara Segar mendedahkan kepada pembaca buku beliau dalam karya beliau, antaranya Rahsia Melabur dalam Unit Amanah dan Rahsia Mengurus Insurans Hayat.

Banyak fakta menarik yang dikongsi bersama dalam blog beliau DI SINI.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Saridah Hamid gemar menulis tentang Surah Rindu





Puan Saridah Hamid adalah antara mentee Puan Ainon, Sifu PTS yang terawal.

Antara karya beliau yang mendapat sambutan ialah Bahtera Nabi Nuh dan Kisah-Kisah Lain dan Selembut Bicara.

Karya terbaru beliau, Surah-Surah Rindu, ialah sebuah novel Islami yang dijangka mendapat sambutan hangat di pasaran.

Untuk membaca berbagai nukilan beliau blog beliau ialah KU INGIN BICARA.

Selasa, 14 Oktober 2008

Shakirah penterjemah ternama



Anda inginkan khidmat penterjemah untuk kerja terjemahan peribadai atau syarikat? Hubungilah Puan Shakirah Md Zain.

Penterjemah ini berpengalaman luas dalam bidang Law: Taxation & Customs Accounting
Business/Commerce(general), Certificates, Diplomas, Licenses, CVs Finance general), Human Resources, Law (general) dan Law: Contract(s).

Antara syarikat yang pernah menjadi pelanggan beliau ialah Petronas dan anak syarikat Petronas.

Profile beliau boleh ditatapi di web proz.com DI SINI.

Tuan Sabtu perunding terbilang



Anda mahukan khidmat perundingan untuk syarikat anda? Anda bersedia untuk menerima panduan dan tip-tip bernilai dn praktikal dari pakar yang luas pemandangan dan berpengalaman?

Tanyalah Tuan Sabtu. Beliau sudah melalui semua pahit getir dan jatuh bangun syarikat dalam dunia bisnes yang sengit bersaing.

Tuan Sabtu boleh disantuni melalui blog beliau DI SINI.

Isnin, 13 Oktober 2008

Siti Hajar penterjemah yang dinamik



Sekiranya anda mencari seorang penterjemah yang memberikan khidmat terjemahan dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang benar-benar memuaskan hati, Siti Hajar Baharuddin adalah orangnya.

Beliau ialah seorang daripada ahli Persatuan Penterjemah Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu (2001). Bidang pengkhususan beliau ialah Pengiklanan/Perhubungan Awam, Perniagaan/Perdagangan(am), Pemasaran/Penyelidikan, Pasaran, Perubatan(am), Perubatan: Farmaseutikal, Puisi & Sastera, Psikologi dan Sains(am).

Perkhidmatan beliau sangat profesional dan memuaskan. Profil beliau boleh ditatap DI SINI.

Blog beliau boleh dilawati DI SINI.

Ahad, 12 Oktober 2008

Shamsuddin Abdul Kadir kaya dengan ilmu beli rumah




Sebelum ini, tidak ada seorang pun penulis atau perunding yang menulis buku mengenai ilmu membeli rumah dan memiliki rumah lebih daripada sebuah.

Ketika berumur 25 tahun, Tuan Shamsuddin Abdul Kadir sudah memilik empat buah apartmen. Kini beliau tidak memberitahu berapa buah rumah dan apartmen yang beliau miliki. Akan tetapi beliau bermurah hati memberitahu tip-tip yang realistik bagi seseorang yang bekerja mampu membeli lebih daripada sebuah rumah.

"Kita sudah boleh bersara ketika kita berumur 40 tahun, sekiranya kita sudah memiliki bilangan rumah yang mencukupi jumlah sewa bulanan yang kita kutip setiap bulan," begitulah lebih kurang tag-line panduan Tuan Shamsuddin.

Buku popular beliau Kaya Dengan Rumah akan memikat setiap pembaca dan memberikan panduan step-by-step bagi mencapai cita-cita bakal pemilik rumah.

Beliau sudah bersara dari jawatan beliau sebagai akauntan dan menjadi perunding kewangan serta pemilikan rumah sepenuh masa. Tentunya pendapatan perunding jauh lebih lumayan dari yang diperolehi seorang akauntan.

Blog Tuan Shamsuddin Abdul Kadir boleh dikunjungi DI SINI.