Setelah beberapa tahun berehat, saya mengail semula.
Lama saya 'berehat' atau kalau ikut istilah para pengail, gantung pancing.
Kali terakhir saya keluar memancing ialah bersama Saudara Talib. Talib seorang pengail tegar. Kini dia semakin high profile. Gambar beliau memegang ikan besar hasil tangkapan sentiasa terpampang di akhbar, terutama ruangan joran.
Kami berkongsi beli bot fibre glass yang kami amanahkan kepada Wak Kahar, bilal masjid Teluk Pelanduk. Tetapi kini kami sudah tidak turun ke Teluk Pelanduk. Wak Kahar sudah kembali ke rahmatullah (semoga Allah merahmati beliau). Sebelum itu Wak Kahar pernah memberitahu bot kami sudah hilang.
Seronok memancing di Teluk Pelanduk dahulu. Dalam sekitar satu baru nautika dari pantai pun boleh dapat jenahak dan tetanda.
Saya dan Talib pernah turun melalui jeti Sungai Besar meredah samudera mengail jenahak dan kerapu. Sesekali dapat juga pelotan dan pecah periuk.
Pernah juga turun ke Tasik Banding/Hutan Belum dengan niat mengintai kelah tetapi yang banyak diperoleh ialah toman.
Tetapi yang paling seronok ialah sekitar Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Hampir setiap bulan kami menuju ke Mersing untuk ke sana. Seingat saya kami akan dapat satu tong coleman setiap orang. Belanja besar tetapi hasilnya berbaloi dan hati puas. Kami rasa penat tetapi kami selalu tersenyum sampai ke telinga.
Pelabuhan Kelang pun tidak kurang juga menjadi medan mainan pengail seperti kami.
Sebelum bulan Ramadhan tahun ini saya turun ke Pelabuhan Kelang melalui pekej memancing kelolaan IKS (Ikan Kembung Sambal).
Pagi tadi saya ke kolam memancing di Batu 30, Serendah. Ikan siakap yang diperoleh saiznya agak besar. Kalau ditimbang tentunya melepasi tahap 1 kg.
Selepas waktu mandatori 3 jam tamat, Alias membawa saya ke kedai panding berdekatan. Wah! Suatu kesilapan besar. Saya membeli satu kekili dan sebatang joran. Kedua-duanya dari jenama yang agak terkenal di kalangan pengail.
Memang betul - sejarah berulang!
3 ulasan:
Minggu ni boleh le pergi lagi. Kata Haizat dia nak ikut.
Alahai!
2 Nov (Ahad) '08 saya duty lagi.. kalau 9 Nov saya off...bolehlah pegi 3 orang sekali... :)
-Penn Shakespeare Shimano -
kalo kekili siri 5000 & 1000..bole kasi tahu saiz tali yang sesuai..pancing sungai atau pinggir laut je..tq
Catat Ulasan