Isnin, 8 November 2010

Sumpahan Empat Sahabat (Sign of Four)



Alhamdulillah, novel Sherlock Holmes Sign of Four yang saya terjemahkan akan diterbitkan pada 12 November 2010.

Ini adalah novel Sherlock Holmes kedua yang saya terjemahkan selepas A Study in Scarlet dan buku terjemahan Sherlock Holmes yang kelima terbitan PTS One.

Tiga lagi buku terjemahan Sherlock Holmes terbitan PTS One adalah merupakan koleksi cerpen penyiasat evergreen itu.

Khamis, 7 Oktober 2010

Promosi buku isteri dan anak-anak saya




















Pada entri kali ini saya tidak akan menceritakan atau memberikan komen tentang buku-buku karangan saya.

Sebaliknya saya akan mempromosikan buku-buku karya isteri saya dan anak saya.

Buat Duit Dengan Jaga Budak dan buku resipi Cita Rasa Malaysia Negri Sembilan adalah buku oleh isteri saya Masnah Md Ali (Chef Masnah).

Novel Ikan Tawar Untuk Lego dan Sepupu Lego adalah karya anak-anak saya, Nia dan Ima Imrani.

Rabu, 29 September 2010

Angkatan laut swasta bagi memerangi lanun?



Syarikat insuran berhasrat menubuhkan angakatan laut swasta bagi memerangi lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden.

Mengikut statistik, pada tahun 2009 dan 2010 syarikat insuran maritim telah membayar tuntutan ganti rugi dari syarikat perkapalan sebanyak USD300 juta.

Pada tahun ini sahaja, jumlah serangan lanun ialah 123 serangan, manakala kes rampasan pula berjumlah 33 kes.

Isnin, 26 Julai 2010

Sherlock Holmes lebih popular daripada Tom Cruise





Berita dari akhbar online Guardian Inggeris menyebut bahawa siri detektif Inggeris kurun ke 19, Sherlock Holmes yang disiarkan di TV saluran BBC1 berjaya menarik lebih ramai penonton daripada siri kereta Top Gear yang mengundang pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise, yang disiarkan di TV saluran BBC2.

Sherlock Holmes menarik jumlah penonton tertinggi iaitu 7.4 juta orang, manakala Top Gear pula berjaya menarik jumlah penonton tertinggi seramai 6.6 juta orang.

Siri detektif evergreen itu dicerekakan semula oleh Mark Gatiss dan Steven Moffat, dua orang penulis yang harum nama apabila mereka mencipta watak Doctor Who, kisah saintis masa depan yang mampu bergerak ke masa depan atau masa lampau.

Watak Sherlock Holmes dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch, manakala watak rakan detektif itu, Dr Watson dipegang oleh Martin Freeman.

Kisah ini boleh dibaca DI SINI.

NOTA: Gambar kulit buku di atas adalah antara koleksi novel dan cerpen Sherlock Holmes, versi Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh penerbit buku, PTS One Sdn Bhd.

Ahad, 25 Julai 2010

"Mengelilingi dunia kerana buku"

Cik Puan Magali Tardivel dan Tuan Jeremie adalah dua orang wartawan/blogger warga Perancis yang mengelilingi dunia selama 14 bulan bagi bertemu warga kerja yang bertugas dalam industri penerbitan buku, iaitu penebit buku, penjual buku, para penulis serta pelbagai pertubuhan yang terlibat dengan industri penerbutan buku.

Antara tujuan penting pengembaraan mereka ialah mempromosi Expo Buku Franfurt, Frankfurt Book Fair.

Semasa di Malaysia mereka bertemu dan mewawancara pihak MABOPA, seorang penulis bebas, seorang penjual buku dan pihak sebuah penerbit buku kanak-kanak.

Tentunya kisah pengembara mereka sungguh menarik dan penuh dengan maklumat menarik bagi semua penulis.

Kisah pengembaraan mereka boleh di baca DI SINI.

Baca petikan berita pasangan ini melawat Malaysia DI SINI.

Laman web Frankfurt Book Fair pula DI SINI.

Selasa, 8 Jun 2010

Buku kami Best Seller PTS Bisnes dan Pengurusan



Buku saya, "MEJA RUNDING - Dari Konflik Ke Solusi Strategik" dan "Buat Duit Dengan Jaga Budak" adalah antara buku Best Seller PTS bagi buku-buku Bisnes dan Pengurusan, bagi separuh kedua bulan Mei 2010.

Alhamdulillah, syukur.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembaca dan peminat.