Isnin, 26 Julai 2010

Sherlock Holmes lebih popular daripada Tom Cruise





Berita dari akhbar online Guardian Inggeris menyebut bahawa siri detektif Inggeris kurun ke 19, Sherlock Holmes yang disiarkan di TV saluran BBC1 berjaya menarik lebih ramai penonton daripada siri kereta Top Gear yang mengundang pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise, yang disiarkan di TV saluran BBC2.

Sherlock Holmes menarik jumlah penonton tertinggi iaitu 7.4 juta orang, manakala Top Gear pula berjaya menarik jumlah penonton tertinggi seramai 6.6 juta orang.

Siri detektif evergreen itu dicerekakan semula oleh Mark Gatiss dan Steven Moffat, dua orang penulis yang harum nama apabila mereka mencipta watak Doctor Who, kisah saintis masa depan yang mampu bergerak ke masa depan atau masa lampau.

Watak Sherlock Holmes dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch, manakala watak rakan detektif itu, Dr Watson dipegang oleh Martin Freeman.

Kisah ini boleh dibaca DI SINI.

NOTA: Gambar kulit buku di atas adalah antara koleksi novel dan cerpen Sherlock Holmes, versi Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh penerbit buku, PTS One Sdn Bhd.

2 ulasan:

Mawar MahSury berkata...

assalammualaikum....
bolehkah saya beli novel Sherlock Holmes : Wira Kota London secara online? sebab susah nak dapatkan kat kedai-kedai biasa.....

Imran Yusof berkata...

Cikpuan Aszira Yessy MahsSury, untuk beli buku secara online, boleh berkunjung ke Book Cafe:
http://www.bookcafe.com.my/en/