Ahad, 9 September 2007

Rindu Semalam

Ini kisah ringkas seorang pengamal poligami yang beristeri dua.

Dia berkata kepada isteri tua beliau, "Kanda sayang padamu."

Kepada isteri muda dia kata, "I love you, dear."

Kepada bakal isteri ketiga dia kata, "Saya sudah kehabisan modal untuk guna dialog dari cerita P. Ramlee. Tetapi saya tetap akan mengambil awak sebagai isteri saya."

Sabtu, 8 September 2007

Rindu yang mengharum

Semalam rindu datang
mengharum di persada
hati yang kelmarin luka
kembali mekar berbunga

Namun
mungkinkah kau
sedia menerima
bunga ini tumbuh?

Aduhai kekasih
mari ke mari
izinkan kasihku
berkembang
di taman hatimu

Serba salah pengamal poligami

Seorang teman mengakui antara perkara yang paling tidak selesa yang beliau hadapi ialah perasaan serba-salah ketika berada di rumah salah seorang isterinya.

"Ketika saya berada di rumah isteri muda, saya teringat kepada anak-anak saya dengan isteri tua. Apabila berada di rumah isteri tua, saya teringat pula kepada anak-anak saya dengan isteri muda."

"Apa awak buat bagi menghilangkan perasaan tidak selesa itu?"

"Saya tidak buat apa-apa, tetapi saya lalui dan harungi sahaja perasaan itu."

"Mungkinkah akan hilang perasaan tidak selesa itu?"

"Saya rasa perasaan itu akan hilang hanya apabila salah seorang dari mereka meninggal dunia. Atau pun saya sendiri yang meninggal dunia."

ENTAH MENGAPA

Begitu kejamnya dikau
belumkah memadai
dikau melukaiku?
Kasihanilah aku

Mengapa
duhai sayang
begitu mudah
kau menyakitiku?

Mungkinkah
aku masih menerimamu
kerana kau sudah menjadi
sebahagian dari diriku?

Dan mengapakah
aku masih boleh
menerima
kau menyiksaku?

Rabu, 5 September 2007

Rindu Yang Berdebu

Rindu semalam
penuh berdebu
terhadang cahaya
tiada gemilang

Duka yang direntasi
melalui desa semalam
tiada jua hilang
dari ingatan

Apabila kasih bermula
bunga kembali mengharum
semua yang indah
akan dirasa.

(West Port - 4 Sept 2007)

Selasa, 4 September 2007

"Demi Kasih ini " Buku Indah



Saya sedang membaca novel ini ketika ini.

Ceritanya bagus, tetapi sedih. Saya percaya ramai pembaca wanita telah menitiskan banyak air mata ketika dan selepas membacanya.

Sejambak bunga ros untuk pengarangnya sebagai tanda ucapan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga.

Ahad, 2 September 2007

Ah Sungguhkah Kak Nik Saye?

Oh Kak Nik
ambo suka ko demo
comel lo'te
halus manis budi demo
pandai sengokti
kecek dengan oghe tua

Masak lauk po pandai
buat kuih po sedap belako
ambo dok ingat ko demo
wahai Kak Nik hak ambo saye

Tapi gak Kak Nik
Ah sungguh ko demo
suka jugok ko ambo
ghoyat lah Kak Nik
ambo nak tahu jugok...

Rindu Bayangan

Demikian sudahnya
di persimpangan ini
penantianku rentung
merintis rimba kasih
meniti masakini

Rindu di gelap malam
siang dilanggani bulan
bintang di langit pekat
awan kelabu
menutupi cahaya

Ah cinta
mungkinkah aku dan dikau
bersama bayangan
mendambakan kisah duka
bila tebu telah berbunga?

Sabtu, 1 September 2007

Selamat Ulangtahun Ke-50 Merdeka



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut merdeka yang ke-50.

Jumaat, 31 Ogos 2007

Presiden Iran mahu hadkan poligami

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada berkata beliau suka poligami dihadkan di Iran.

“Sepatutnya ada had yang jelas dalam hal poligami,” kata beliau ketika menjawab pertanyaan mengenai poligami di Iran oleh stesen television kebangsaan.

Di bawah undang-undang Islam, Sigeh (istilah tempatan bagi poligami) dibenarkan dan lelaki Islam dibolehkan beristeri empat serentak, walau pun tidak ramai yang berbuat demikian.

“Bagi orang lelaki Iran, seorang isteri sudah memadai,” kata beliau sambil tersenyum semasa difilemkan oleh stesen television kebangsaan.

Beliau membayangkan oleh kerena keadaan ekonomi yang menurun, majoriti orang lelaki sudah tidak mampu menampung perbelanjaan isteri yang lebih dari seorang.

Ramai aktivis yang memperjuangkan hak-hak wanita mengatakan Siqeh adalah satu bentuk pelacuran, tetapi para ulama Islam berhujah dengan memberi contoh janda yang tidak berpendapatan akan lebih dihormati di kalangan masyarakat Iran sebagai isteri kedua, dan bukan sebagai ibu tunggal.

“Wanita mempunyai kedudukan mulia dalam masyarakat kita dan harus selalu dihormati. Tetapi keputusan muktamad dalam isu Siqeh bukanlah dalam bidang kuasa kerajaan, tetapi dalam bidang kuasa pihak kehakiman,” kata Ahmadinejad.

Walau pun ramai yang mengutuk amalan poligami, tetapi warga Iran yang berfikiran moden dan berpandangan Barat masih mengamalkan Siqeh, kerana wanita dan lelaki Iran dibenarkan tinggal bersama hanya apabila mendapat surat nikah atau sijil Siqeh.