Jumaat, 31 Ogos 2007

Presiden Iran mahu hadkan poligami

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada berkata beliau suka poligami dihadkan di Iran.

“Sepatutnya ada had yang jelas dalam hal poligami,” kata beliau ketika menjawab pertanyaan mengenai poligami di Iran oleh stesen television kebangsaan.

Di bawah undang-undang Islam, Sigeh (istilah tempatan bagi poligami) dibenarkan dan lelaki Islam dibolehkan beristeri empat serentak, walau pun tidak ramai yang berbuat demikian.

“Bagi orang lelaki Iran, seorang isteri sudah memadai,” kata beliau sambil tersenyum semasa difilemkan oleh stesen television kebangsaan.

Beliau membayangkan oleh kerena keadaan ekonomi yang menurun, majoriti orang lelaki sudah tidak mampu menampung perbelanjaan isteri yang lebih dari seorang.

Ramai aktivis yang memperjuangkan hak-hak wanita mengatakan Siqeh adalah satu bentuk pelacuran, tetapi para ulama Islam berhujah dengan memberi contoh janda yang tidak berpendapatan akan lebih dihormati di kalangan masyarakat Iran sebagai isteri kedua, dan bukan sebagai ibu tunggal.

“Wanita mempunyai kedudukan mulia dalam masyarakat kita dan harus selalu dihormati. Tetapi keputusan muktamad dalam isu Siqeh bukanlah dalam bidang kuasa kerajaan, tetapi dalam bidang kuasa pihak kehakiman,” kata Ahmadinejad.

Walau pun ramai yang mengutuk amalan poligami, tetapi warga Iran yang berfikiran moden dan berpandangan Barat masih mengamalkan Siqeh, kerana wanita dan lelaki Iran dibenarkan tinggal bersama hanya apabila mendapat surat nikah atau sijil Siqeh.

1 ulasan:

Yang bernama Siti berkata...

Di Iraq pula poligami boleh terjadi atas sebab seperti ini.

Seorang isteri di Iraq cuma boleh membantah cakap suaminya sebanyak 3 kali sepanjang hayatnya. Apabila dia telah habis kuota bantahan, dia akan dianggap sebagai seorang isteri yang tidak patuh kepada suami.

Hukumannya?

Dimadukan.

Lelaki Iraq berpendapat mempunyai isteri kedua, ketiga dan keempat bukan sesuatu yang dibanggakan. Mereka akan dianggap seorang suami yang lemah, yang tidak dapat mendidik isteri dengan baik. Justeru itu isteri(isteri)nya tidak patuh kepadanya.