Memaparkan catatan dengan label R. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label R. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Oktober 2008

Rafidah Basri penulis yang menawarkan halwa minda




Puan Rafidah Basri ialah seorang penulis yang membawa kisah-kisah indah dalam karya beliau seperti Hadiah Untuk Sufiah dan Dunia Belum Berakhir.

Bacalah karya beliau dan nikmati sendiri keindahan itu.

Puan Rafidah boleh disantuni dengan mengunjungi blog beliau DI SINI.

Razzi Armansur penulis yang merisik rahsia jutawan dan orang kaya




Tuan Razzi Armansur atau yang sering membahasakan dirinya sebagai Kang Razzi ialah penulis yang sering mencungkil rahsia orang kaya.

Rahsia orang kaya dan para jutawan memperoleh harta mereka dengan berbagai cara.

Tuan Razzi Armansur meneliti setiap cara mereka. Tidak kira orang kaya dengan menjadi tukang gunting atau para hartawan di Damansara atau orang kaya baru (OKB) di setiap ceruk kampung.

Jarang sekali yang dapat 'bersembunyi' dari Tuan Razzi.

Ingin mengetahui butiran rahsia yang beliau dedahkan? Kunjungi blog beliau DI SINI.

Ahad, 12 Oktober 2008

Rastom hidangkan halwa tetapi pedas berapi





Antara penulis blog yang klasifikasi sebagai penganalisa politik yang paling tajam dan menusuk karyanya ialah Pak Rastom.

Perkembangan mutakhir, sama ada luar negara atau di tanah air tidak terlepas dari pemerhatian kritis dan kadang-kadang sinis beliau.

Tidak syak lagi sekiranya beliau menulis buku mengenai isu kontemporari, saya percaya buku itu akan menjadi best seller!

Blog beliau HALWA ROMANTIS sarat dengan komen yang menarik dan explosive.