Isnin, 25 Januari 2010

Baca LRT dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Tahun 2009 telah hampir sebulan melabuhkan tirai, namun inilah entri pertama bagi blog ini untuk tahun 2010.

Alhamdulillah, saya dapat menyertai aktiviti pertama gerakan Baca@LRT pada hari Sabtu, 16 Januari yang baru lalu. Saya percaya peristiwa ini adalah merupakan suatu batu tanda dalam sejarah sastera tanah air, kerana boleh dijadikan pencetus kepada budaya membaca dalam masyarakat.

Kali kedua event ini dijadualkan pada hari Sabtu, 20 Februari yang akan datang. Semoga lebih ramai lagi yang akan mengambil bahagian.

Selain daripada itu peristiwa besar yang akan datang dan penting bagi industri buku negara ini ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang dijadualkan pada bulan Mac nanti.

Saya juga akan menyertai event ini sebagai penulis buku kerdil yang ingin memberikan sekelumit sumbangan dalam catatan sejarah sastera tanah air.

[Gambar di bawah menunjukkan saya berdiri bersebelahan rakan penulis dan sahabat saya, Saudara Zamri Mohamad, salah satu daripada pembawa panji-panji PTS]

0 ulasan: