Selasa, 3 Februari 2009

Al-Shabab seru warga Somalia halau tentera AU



Pada hari Isnin lalu konvoi tentera 'pengaman' AU (Kesatuan Afrika) dibom di ibu negara Somalia, Mogadishu. Sebagai membalas serang bom itu tentera AU melepaskan tembakan ke arah tiga buah bas, mengakibatkan 18 orang awam dalam bas itu terbunuh.

Kejadian itu dilapurkan oleh seorang ketua polis di ibu negara Somalia itu. Pihak AU menafikan tuduhan itu.

Ekoran peristiwa yang memilukan itu, seorang daripada pemimpin Al-Shabab, suatu kumpulan pro-Islam Somalia yang dahulunya bernaung di bawah kesatuan UIC, Sheikh Mukhtar Robow telah menyeru semua tentera pengaman AU meninggalkan negara itu. Beliau juga menyeru rakyat Somalia bangkit memerangi tentera AU dan menghalau tentera pengaman AU.

Kata Sheikh Mukhtar, "Kita tidak perlu pertolongan daripada pembunuh rakyat kita. Ayuh semua! Mari kita perangi dan halau mereka. Biar mereka rasakan balasan kedurjanaan mereka!"

Berita lanjut boleh dibaca DI SINI.

Apakah suasana aman Somalia yang diimpikan oleh warga negara itu hanyalah suatu bayangan fatamorgana? Apakah kumpulan Sheikh Mukhtar Robow akan berperang dengan kumpulan ARS pimpinan Sheikh Sharif Sheikh Ahmad?

Adakah keadaan Somalia yang sentiasa bergolak akan mengakibatkan usaha menghapuskan kegiatan lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden menjadi semakin mencabar?

Kita doakan kesejahteraan untuk warga Somalia.

0 ulasan: