Ahad, 20 Julai 2008

Hasil kutipan tol Terusan Suez meningkat 31 peratus





Pendapatan Mesir dari hasil kutipan tol yang dikenakan kepada
kapal-kapal yang melalui Terusan Suez meningkat kepada USD5.113
billion bagi tahun kewangan 2007/08 berbanding USD945.6 juta bagi
tahun sebelumnya.

Menurut sumber yang dipercayai seorang pegawai pihak berkuasa terusan
tersebut, jumlah kapal yang melalui Terusan Suez ialah 21,080 buah,
berbanding dengan 19,479 buah pada tahun sebelumnya.

Pendapatan dari Terusan Suez adalah salah satu daripada sumber tukaran
wang asing bagi negara Mesir, di samping wang yang dihantar pulang
oleh warga negara itu yang bermastautin di luar negara, pelancungan,
dan minyak serta gas.

(Sumber: Reuters)

3 ulasan:

~ain berkata...

wah..terusan suez pun ada to juga ?

sungguh tak sangka..

Imran Yusuf berkata...

Pihak berkuasa bagi setiap terusan yang telah dibina untuk laluan kapal biasanya mengenakan tol kepada semua kapal-kapal. Utuk kapal besar caj tol tinggi, sementara kapal kecil pula rendah sedikit.

Dianggarkan lebih kurang 7.5% daripada jumlah keseluruhan bahan dagangan seluruh dunia dibawa melalui Terusan Suez.

Mengikut kiraan purata, sesebuah kapal dianggarkan mesti membayar tol sebanyak USD150,000.00 untuk setiap laluan (Bukan setiap tahun, tetapi setiap kali melalui terusan ini).

~ain berkata...

waaaaaaaaahh...mahal nye..
Ingatkan RM1.60 je.. hehhe