Ahad, 9 Mac 2008

PRU – 12 MALAYSIA 2008: Pelik tetapi benar…



Setelah diketahui keputusan pilihanraya ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008, hati saya gembira, tetapi pada masa yang sama, saya masih tidak percaya perkara ini boleh berlaku. Semuanya kuasa Allah, tetapi apabila saya menatapi berbagai maklumat di media, saya kagum dengan beberapa fakta yang boleh dikira pelik tetapi benar telah berlaku pada PRU-12. Antaranya:

1. Media perdana dikuasai oleh kerajaan, tetapi dengan beberapa sesi ceramah dan penggunaan internet, khususnya blog, pakatan PAS/PKR/DAP berjaya menyampaikan mesej kepada pengundi;
2. Kerajaan beriya-iya menyambung kontrak Pengerusi SPR sehingga ke tahap meminda perlembagaan kerana semata-mata untuk seorang warga emas yang berada pada penghujung khidmatnya, walau pun jelas perbuatan itu menyalahi semangat demokrasi.
3. Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 dan dua minggu berikutnya perhimpunan Hindraf pula, mendapat sambutan begitu menggalakkan dari pelbagai masyarakat Malaysia. Selepas itu berlaku gelombang sokongan rakyat pelbagai kaum kepada pakatan PAS/PKR/DAP dengan disokong oleh para blogger.
4. MB Selangor Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai PBT Selangor, dan akhirnya majoriti kerusi di Selangor disapu oleh pakatan PAS/PKR/DAP
5. Datuk Seri S. Samy Velu dan Khir Toyo diganggu ketika berucap dan di sekat oleh kaum India ketika bertemu rakyat, tetapi Samy masih mahu terus bertanding dalam pilihanraya.
6. Pilihanraya umum diadakan sebelum tarikh tamat tempuh larangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon pilihanraya.
7. PAS/PKR/DAP boleh bersetuju dengan formula 1-lawan-1 di kesemua kerusi yang dipertandingkan.
8. Manifesto ketiga-tiga parti pakatan BA serupa isi dan tujuannya.
9. Buat pertama kali ketiga-tiga kaum bersepakat dalam menyokong pakatan PAS/PKR/DAP, lebih-lebih lagi kaum India yang selam ini menjadi penyokong setia BN.
10. BN begitu yakin merampas Kelantan, manakala Pas pula yakin dapat merebut Trengganu dan Perlis, tetapi BN masih berkuasa di Trengganu dan Perlis, tetapi sebaliknya BN tumbang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
11. DAP mendapat bilangan kerusi yang terbanyak di Selangor dan Perak, tetapi PKR mendapat jawatan MB di Selangor, manakala Pas di Perak.
12. Pas meletakkan calon wanita India beragama Hindu di kerusi di Johor.
13. Pas memenangi kerusi di DUN Negri Sembilan dan Johor.
14. Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia rakyat berpeluang 2 buah kerajaan negeri yang diketuai Pas, sebuah yang diketuai PKR, dan sebuah negeri yang diketuai oleh DAP. Ini bererti rakyat dapat membuat perbandingan pemerintahan ketiga-tiga parti pembangkang dengan yang diperitah oleh BN
15. Buat pertama kali dalam sejarah parti pembangkang dapat menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat.

1 ulasan:

MYA MARJA berkata...

Assalamualaikum,

Tambahan:
1. Buat pertama kali dalam sejarah, bonus kepada kakitangan awam tidak diberi. Ia memberi maksud, kekayaan tidak perlu dikongsi bersama.

2. Harga minyak berkali-kali naik dalam setahun. Tol?...

3. Harga barang melambung-lambung (apa nak buat, harga petroleum dunia naik melambung...)

4. Barang kawalan boleh disorok-sorok sesuka hati, rakyat juga yang jerih mencari ke sana ke mari.

5. Banyak lagi nak tulis ni... tapi cukuplah dulu.