Budaya poligami di Amerika Syarikat menjadi topik perbincangan hangat apabila Warren Jeffs, ketua kumpulan Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter Day Saints (FLDS), ditangkap serta dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bersubahat melakukan pencabulan ke atas wanita bawah umur.
Wala pun ada undang-undang mengharamkan poligami, amalan ini berleluasa bukan sahaja di negeri Utah, tetapi juga di Arizona dan daerah lain di Barat Daya Amerika Syarikat. Amalan poligami sudah menjadi rahsia umum.
Saya bukanlah ahli FLDS atau mana-mana kumpulan pecahannya, tetapi saya yakin isu poligami ini terlalu digembar-gemburkan dari yang sepatutnya.
Undang-undang anti-poligami memang berguna bagi mengelakkan para suami menyimpan keluarga rahsia serta penderaan anak isteri. Banyak pihak mengatakan para pengamal poligami merosakkan masyarakat serta sistem kebajikan negara.
Namun hakikatnya penderaan kanak-kanak dan isteri dilarang di sisi undang-undang, seperti juga menggelapkan wang kebajikan. Tetapi jika undang-undang sudah wujud bagi memerangi gejala penderaan, kenapa pula poligami masih dianggap salah?
Ada pihak berpendapat menghalalkan poligami bererti membenarkan penderaan tersembunyi terhadap wanita. Tetapi saya kurang yakin dengan hujah ini.
Tidak mungkin wanita waras dan rasional tidak mampu berfikir sama ada hendak menerima atau menolak lamaran lelaki yang sudah beristeri!
Apa bezanya poligami di Amerika berbeza dari amalan ugama lain? Mungkinkah poligami membawa padah yang lebih teruk daripada perselisihan pendapat dalam keluarga?
Walau pun FLDS mengharamkan amalan poligami pada tahun 1890’an, tetapi masih terdapat pecahan kumpulan itu yang terus mengamalkannya. Mereka percaya amalan tersebut adalah sebahagian dari hidup beragama dan penting untuk mendapat ganjaran syurga.
Jadi apabila wanita berumur 18 tahun ingin menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki lain, kenapa masih dianggap melanggar undang-undang?
Sungguh pun dulu ramai pengamal poligami diseret ke mahkamah, tetapi sekarang jumlah itu sudah berkurangan. Amalan itu masih dilakukan secara bersembunyi. Walau pun ada ancaman pendakwaan di mahkamah, sedikit sekali pengamal yang diseret di mahkamah.
Pada tahun 1998, Gabenor negeri Utah, Amerika Syarikat, Mike Levitt berkata walau pun dia tidak menggalakkan amalan poligami, negeri itu perlu menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lebih besar. Jika begini keadaannya, kenapa pula kita membiarkan begitu banyak keluarga menjalani kehidupan secara rahsia?
Saya berpendapat isu dan konsep amalan poligami ini kabur dan aneh, tetapi dalam era kita meluaskan konsep perkahwinan bagi memasukkan perkahwinan ortodoks terdahulu, kenapa pula kita tidak mengambil-kira amalan poligami (untuk dimasukkan juga)?
Nampaknya alasan yang digunakan bagi menghalang perkahwinan antara pasangan berlainan bangsa, digunakan juga bagi menghalang poligami.
Memang telah jelas kepada kita, amalan poligami akan tetap berlaku walau pun ada undang-undang yang menghalangnya, sedangkan undang-undang yang lemah itu tidak pernah dinilai semula secara kritis.
Di zaman sekarang kita perlu mengikut peredaran zaman dan setiap orang perlu diberi kebebasan untuk memilih cara hidup dan cara berkeluarga yang individu itu mahu.
Saya mungkin tidak akan mengamalkan poligami, tetapi pada saya, menghalang amalan poligami itu sebenarnya tidak logik dan tidak dapat diterima akal yang sihat.
oleh Teresa Cambria - 09-25-2007
Tajuk asal: Polygamy illegality illogical
Terjemahan bebas oleh:Imran Yusuf
Sabtu, 29 September 2007
Ahad, 23 September 2007
Rindu Kasih Ini
Rindu sayang
rindu sepenuh hati
Rindu kasih
balada perasaan ini
Rindu cinta
mainan di kala sunyi
Rindu yang berbunga
sekuntum kembang di taman
Rindu mengharum
wangi sepanjang malam.
rindu sepenuh hati
Rindu kasih
balada perasaan ini
Rindu cinta
mainan di kala sunyi
Rindu yang berbunga
sekuntum kembang di taman
Rindu mengharum
wangi sepanjang malam.
Menjelang Syawal
Apabila tiba musim perayaan, ramailah warga kota dan warga negara yang kembali ke kampung halaman.
Semua jalan raya dan lebuh raya akan sesak.
Ketika ini juga pihak berwajib menjalan Ops Sikap yang entah keberapa kali. Sepanjang masa operasi itulah hati kita pilu membaca berita kematian di jalanan.
Sepatutnya masa perayaan ialah masa bergembira bertemu ayah bonda dan sanak saudara.
Tetapi ramai juga yang berduka kerana ada ahli keluarga dan rakan taulan yang menjadi korban kemalangan.
Bilakah keadaan ini akan berakhir?
Fujimori kembali ke Peru
Bekas presiden Peru (1990-2000), Alberto Fujimori kembali ke Peru setelah beberapa lama berada di Chile.
Bekas pemimpin Peru yang berusia 69 tahun itu bukan kembali sebagai seorang wira, tetapi untuk diseret ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan rasuah dan pembunuhan menggunakan skuad pembunuh upahan.
Semasa berkuasa di negara Amerika Latin itu, bekas ketua kerajaan yang berketurunan pendatang dari Jepun ke Peru itu mendapat perlindungan politik di Jepun setelah dia lari dari Peru dan meletakkan jawatan presiden negara itu hanya melalui surat yang dihantar melalui fax.
Bagaimana pun, pada tahun 2005 beliau mendarat di Chile dengan sebuah kapal terbang kecil. Ramai yang terperanjat apabila dia mendedahkan hasratnya ingin bertanding dalam pilihanraya presiden Peru tahun 2006, sedangkan Kongres Peru telah mengharamkan dia aktif dalam politik sehingga tahun 2011.
Apakah kesudahan nasib Fujimori apabila dihadapkan ke mahkamah?

Selasa, 18 September 2007
Rindu kini
Rindu dan kasih
bersemi lagi
Rindu dan sayang
mainan cinta
Rindu dan perpisahan
mainan rasa
Rindu dan sayu
adat berkasih
Rindu kini
baru mengharum.
bersemi lagi
Rindu dan sayang
mainan cinta
Rindu dan perpisahan
mainan rasa
Rindu dan sayu
adat berkasih
Rindu kini
baru mengharum.
Kini Perancis Pula
Selepas beberapa lama Amerika mengugut akan menyerang Iran, kini tiba giliran Perancis pula.
Mungkinkah kerana ugutan Amerika dilihat semakin tidak berkesan menyekat kemaraan Iran dalam isu nuklear Iran, maka sekutunya dari Eropah mengambil tugas diplomasi ugut-mengugut itu?
Kita yakin Iran tidak mengambil mudah perkara ini kerana isu nuklear boleh menaikkan imej negara itu di mata dunia atau boleh juga mengheret negara Asia Barat itu ke dalam kancah perang.

Selamat Menyambut Ramadhan
Isnin, 17 September 2007
Rindu Musim Lalu
Rindu itu
rindu musim lalu
Rindu berlalu
kasih di hati
Rindu berdebu
sayang menyendiri
Rindu ini
selalu diratapi
Rindu musim lalu
masih di sini.
rindu musim lalu
Rindu berlalu
kasih di hati
Rindu berdebu
sayang menyendiri
Rindu ini
selalu diratapi
Rindu musim lalu
masih di sini.
Ahad, 16 September 2007
Rindu Semusim
Rindu kelmarin
rindu semusim
Rindu semalam
berlalu pergi
Rindu kini
mekar lagi
Rindu kembali
bersemi kini
Rindu padamu
sepenuh hati.
rindu semusim
Rindu semalam
berlalu pergi
Rindu kini
mekar lagi
Rindu kembali
bersemi kini
Rindu padamu
sepenuh hati.
Ruang Rindu
Selama merindu
selagi berpadu
sayang dikirim
di angin lalu
Ruang yang sempit ini
masihkah sempat
bunga kasih
mekar mengharum?
Aduhai kekasih
sudahkah kau fahami
lagu rindu hatiku
atau kau sengaja
membiarkannya
berlalu?
selagi berpadu
sayang dikirim
di angin lalu
Ruang yang sempit ini
masihkah sempat
bunga kasih
mekar mengharum?
Aduhai kekasih
sudahkah kau fahami
lagu rindu hatiku
atau kau sengaja
membiarkannya
berlalu?
Sabtu, 15 September 2007
Cara mengahwini isteri kedua
Tahun lepas, setelah beberapa bulan cuba mengamalkan cara hidup mengikut panduan Kitab Bible, saya membuat keputusan berpoligami.
Ketika itu barulah saya tahu rupa-rupanya poligami merupakan satu dari ajaran utama Kitab Old Testament (Kitab Perjanjian Lama).
Walau pun bukan menjadi topik yang biasa dibincangkan, poligami telah diterima secara total di zaman turunnya ajaran agama samawi. Malah dalam Kitab Old Testament ada diceritakan tentang kisah Nabi Yaakob, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mengamalkan poligami. Tetapi di zaman mutakhir, poligami tidak berapa disukai masyarakat.
Saya pernah terbaca kisah Warren Jeffs, ketua kumpulan mazhab Mormon yang dikatakan mempunyai tujuh puluh orang isteri. Beliau diseret ke mahkamah atas tuduhan “bersubahat mencabul wanita, kerana mengatur perkahwinan antara lelaki tua dengan wanita bawah umur.”
Walau pun saya tidak pernah bertemu dengan Encik Jeffs sepanjang tahun saya mengamalkan cara hidup mengikut panduan Kitab Bible itu, saya sempat mengkaji tentang proses dan amalan poligami zaman moden.
Saya terkejut apabila menjumpai sebuah gerakan Yahudi bergelar Askhenazi yang bersikap pro-poligami. Gerakan ini mengharamkan poligami secara resminya pada kurun Masehi kesebelas melalui fatwa Rabbi (ulama agama Yahudi) terkenal, Gershom ben Judah.
Masih wujud sebilangan kecil orang Yahudi ortodoks yang ingin menghidupkan semula amalan lama itu. Menurut mereka, pada masa itu amalan poligami diharamkan bukan atas alasan masalah moral, tetapi demi menjaga maslahat umum -- kerana orang Yahudi tidak mahu puak Kristian cemburu melihat kebahagiaan rumah tangga orang yang berpoligami.
Saya berpeluang bertemu seorang pengamal poligami beragama Kristian. Saya katakan kepadanya, beristeri ramai adalah suatu konsep menarik, tetapi bagaimana saya hendak meyakinkan isteri pertama saya, Julie, supaya membenarkan saya beristeri lagi?
Beliau mencadangkan saya guna teknik ‘pukulan pre-emptive.’ Beliau kata saya perlu mencari bakal isteri kedua dan bernikah dengannya. Selepas balik dari berbulan madu dengan isteri kedua barulah saya memberitahu Julie.
Wah, itu suatu tindakan bersifat a fait accompli! Bukankah perkahwinan saya dengan Julie lebih mudah diselamatkan andainya saya berlembut dan meminta kebenarannya terlebih dahulu. Hmmm. Cadangan ini sama baiknya ketika ayah menghadiahkan emak alat pengesan asap di hari ulangtahun perkahwinan mereka.
Saya kata, bukankah cara sedemikian itu adalah strategi pukul curi dan menyalahi peraturan Kitab Bible? Beliau menjawab “tentu lebih zalim jika awak buat Julie risau bertahun-tahun lamanya, semata-mata memikirkan awak akan beristeri lagi.”
Dia tanya saya, sudahkah saya mempunyai calon isteri kedua? Saya jawab, sudah ada, iaitu pengasuh anak saya yang cantik itu. (Julie sudah bersetuju saya mengadakan hubungan sulit dengan pengasuh kami itu. Itu pun sebab dia memang sudah tahu wanita itu memang tidak berminat langsung dengan saya!!).
Pengamal poligami itu berpendapat itu satu idea bagus. Malah katanya, saya sudah ada hujah baik untuk memberitahu Julie – kami tidak perlu membayar gaji pengasuh lagi.
Bukan sahaja saya tidak menghiraukan nasihat beliau, malah saya meminta kebenaran Julie untuk beristeri lagi. Seperti yang saya jangkakan, Julie menolak mentah-mentah permintaan saya itu.
Akhirnya ‘terpaksalah’ saya meneruskan kehidupan dengan seorang isteri!
Walau bagaimana pun, yang peliknya Julie mulai dapat menerima amalan poligami. Dia juga telah menjadi peminat setia siri drama TV HBO, Big Love, dan sudah dapat menerima amalan poligami itu sesuai bagi sesetengah keluarga kerana para isteri mendapat sokongan moral dari madu mereka. Mereka tidak perlu pengasuh anak, kerana para isteri dapat bekerjasama menjaga anak-anak mereka sesama mereka.
Kata Julie, “Watak Chloe dalam siri Big Love itu baik dan beliau juga pandai membaiki berbagai peralatan. Jika suami kita jenis pemalas atau tidak tahu membaiki apa-apa peralatan rumah (kata-kata ini seperti memperli saya), maka madu kita seperti Chloe inilah yang dapat menolong kita!”
Julie juga berpendapat undang-undang patut digubal bagi membenarkan amalan poligami, dengan syarat semua pihak yang terlibat bersetuju.
Walau bagaimana pun, beliau masih belum dapat menerima poligami dalam perkahwinannya sendiri.
Oleh: A. J. Jacobs
Sumber: The Huntingdon Post 14 Sep 2007
Terjemahan bebas oleh: Imran Yusuf
Buku A.J Jacobs berjudul “The Year of Living Biblically” akan diterbitkan pada bulan Oktober 2007.

Sedetik rindu
Rindu semalam
dan kasih kelmarin
menjadi satu realiti
dalam sepi malam
dan hening dinihari
Aduhai kekasih
izinkan kubentangkan
lukisan hati
di kanvasmu
agar hari esuk
lebih indah
dari kelmarin.
dan kasih kelmarin
menjadi satu realiti
dalam sepi malam
dan hening dinihari
Aduhai kekasih
izinkan kubentangkan
lukisan hati
di kanvasmu
agar hari esuk
lebih indah
dari kelmarin.
Jumaat, 14 September 2007
Rindu satu penilaian semula
Rindu ini
simfoni hati
yang lara
dan dukacita
Kenapa semalam
aku masih mencari
sebuah
lagu merdu
seni kekasih?
Adakah kau
masih inginkan
rindu ini
dinilai kembali?
Atau
kau sengajakan begitu
agar aku jadi
lebih kasih padamu?
simfoni hati
yang lara
dan dukacita
Kenapa semalam
aku masih mencari
sebuah
lagu merdu
seni kekasih?
Adakah kau
masih inginkan
rindu ini
dinilai kembali?
Atau
kau sengajakan begitu
agar aku jadi
lebih kasih padamu?
Khamis, 13 September 2007
Rindu di muara kasih?
Kelmarin
telah berlalu
secebis keindahan
tapi mungkinkah
ia hanya fatamorgana?
Semalam
simfoni ini
mengalir lesu
di sungai
hatimu
Aduhai
akan sampaikah
rindu ini
di muara
kasihmu?
telah berlalu
secebis keindahan
tapi mungkinkah
ia hanya fatamorgana?
Semalam
simfoni ini
mengalir lesu
di sungai
hatimu
Aduhai
akan sampaikah
rindu ini
di muara
kasihmu?
Simfoni Rindu
Aduhai
setelah semusim
dikau pergi
rindu ini
kian mengharum
Kekasih
biarpun tiada
iringan merdu
namun
rindu diutus
di angin lalu
Izinkanlah
bunga ini
berkembang
di sudut
hatimu.
setelah semusim
dikau pergi
rindu ini
kian mengharum
Kekasih
biarpun tiada
iringan merdu
namun
rindu diutus
di angin lalu
Izinkanlah
bunga ini
berkembang
di sudut
hatimu.
Isnin, 10 September 2007
Rindu tak terduga
Pilu
nan kelmarin
ngilu
menusuk
Kasih
nan semalam
mekar
mengharum
Aduhai
rindu kini
sebak
tak terduga.
nan kelmarin
ngilu
menusuk
Kasih
nan semalam
mekar
mengharum
Aduhai
rindu kini
sebak
tak terduga.
Rindu yang tak bertepi
Semalam
rindu ini
selaut samudera
yang tak bertepi
Kini
kasih ini
segunung harap
yang tak terdaki
Aduhai
sayangku
kasihanilah
diri yang
menyayangmu.
rindu ini
selaut samudera
yang tak bertepi
Kini
kasih ini
segunung harap
yang tak terdaki
Aduhai
sayangku
kasihanilah
diri yang
menyayangmu.
Ahad, 9 September 2007
Potensi Mobile Internet Kepada Penulis
Untuk mendapatkan bayangan mengenai potensi mobile internet, kita hanya perlu melihat perkembangan kegunaan handphone di Jepun.
Di ‘negara matahari terbit’ itu handphone digunakan untuk mendengar muzik, kamera, keahlian dan kad loyalty, buku panduan, peta, membeli tiket, jam, juga mendapat berita dan untuk akses pangkalan data koporat.
Beberapa tahun lagi handphone juga akan digunakan sebagai tiket keretapi dan bas, kad kredit, anak kunci dan juga alat pengenalan atau identifikasi.
Mobile book juga akan dapat berkembang seiring dengan perkembangan handphone ini. Ini sesuatu yang baik bagi penulis dan penerbit buku, kerana penulis dan penerbit akan dapat menambahkan pelanggan secara mendadak dan bererti menambahkan pendapatan dari segi royalti.

Buku Mobile
Pada 15 Ogos 2007, HarperCollins, penerbit buku yang terkemuka di New York mengumumkan 14 judul baru buku terbitannya akan dapat dibeli melalui i-Phone.
Ini satu lagi perkembangan baru yang bakal memberi manafaat kepada penulis dan penerbit, kerana ia membuka peluang baru serta padang permainan baru dalam dunia penerbitan dan harta intelektual.
Untuk mengetahui selanjutnya sila baca di sini.

Rindu Semalam
Ini kisah ringkas seorang pengamal poligami yang beristeri dua.
Dia berkata kepada isteri tua beliau, "Kanda sayang padamu."
Kepada isteri muda dia kata, "I love you, dear."
Kepada bakal isteri ketiga dia kata, "Saya sudah kehabisan modal untuk guna dialog dari cerita P. Ramlee. Tetapi saya tetap akan mengambil awak sebagai isteri saya."

Sabtu, 8 September 2007
Rindu yang mengharum
Semalam rindu datang
mengharum di persada
hati yang kelmarin luka
kembali mekar berbunga
Namun
mungkinkah kau
sedia menerima
bunga ini tumbuh?
Aduhai kekasih
mari ke mari
izinkan kasihku
berkembang
di taman hatimu
mengharum di persada
hati yang kelmarin luka
kembali mekar berbunga
Namun
mungkinkah kau
sedia menerima
bunga ini tumbuh?
Aduhai kekasih
mari ke mari
izinkan kasihku
berkembang
di taman hatimu
Serba salah pengamal poligami
Seorang teman mengakui antara perkara yang paling tidak selesa yang beliau hadapi ialah perasaan serba-salah ketika berada di rumah salah seorang isterinya.
"Ketika saya berada di rumah isteri muda, saya teringat kepada anak-anak saya dengan isteri tua. Apabila berada di rumah isteri tua, saya teringat pula kepada anak-anak saya dengan isteri muda."
"Apa awak buat bagi menghilangkan perasaan tidak selesa itu?"
"Saya tidak buat apa-apa, tetapi saya lalui dan harungi sahaja perasaan itu."
"Mungkinkah akan hilang perasaan tidak selesa itu?"
"Saya rasa perasaan itu akan hilang hanya apabila salah seorang dari mereka meninggal dunia. Atau pun saya sendiri yang meninggal dunia."

ENTAH MENGAPA
Begitu kejamnya dikau
belumkah memadai
dikau melukaiku?
Kasihanilah aku
Mengapa
duhai sayang
begitu mudah
kau menyakitiku?
Mungkinkah
aku masih menerimamu
kerana kau sudah menjadi
sebahagian dari diriku?
Dan mengapakah
aku masih boleh
menerima
kau menyiksaku?
belumkah memadai
dikau melukaiku?
Kasihanilah aku
Mengapa
duhai sayang
begitu mudah
kau menyakitiku?
Mungkinkah
aku masih menerimamu
kerana kau sudah menjadi
sebahagian dari diriku?
Dan mengapakah
aku masih boleh
menerima
kau menyiksaku?
Rabu, 5 September 2007
Rindu Yang Berdebu
Rindu semalam
penuh berdebu
terhadang cahaya
tiada gemilang
Duka yang direntasi
melalui desa semalam
tiada jua hilang
dari ingatan
Apabila kasih bermula
bunga kembali mengharum
semua yang indah
akan dirasa.
(West Port - 4 Sept 2007)
penuh berdebu
terhadang cahaya
tiada gemilang
Duka yang direntasi
melalui desa semalam
tiada jua hilang
dari ingatan
Apabila kasih bermula
bunga kembali mengharum
semua yang indah
akan dirasa.
(West Port - 4 Sept 2007)
Selasa, 4 September 2007
"Demi Kasih ini " Buku Indah
Ahad, 2 September 2007
Ah Sungguhkah Kak Nik Saye?
Oh Kak Nik
ambo suka ko demo
comel lo'te
halus manis budi demo
pandai sengokti
kecek dengan oghe tua
Masak lauk po pandai
buat kuih po sedap belako
ambo dok ingat ko demo
wahai Kak Nik hak ambo saye
Tapi gak Kak Nik
Ah sungguh ko demo
suka jugok ko ambo
ghoyat lah Kak Nik
ambo nak tahu jugok...
ambo suka ko demo
comel lo'te
halus manis budi demo
pandai sengokti
kecek dengan oghe tua
Masak lauk po pandai
buat kuih po sedap belako
ambo dok ingat ko demo
wahai Kak Nik hak ambo saye
Tapi gak Kak Nik
Ah sungguh ko demo
suka jugok ko ambo
ghoyat lah Kak Nik
ambo nak tahu jugok...
Rindu Bayangan
Demikian sudahnya
di persimpangan ini
penantianku rentung
merintis rimba kasih
meniti masakini
Rindu di gelap malam
siang dilanggani bulan
bintang di langit pekat
awan kelabu
menutupi cahaya
Ah cinta
mungkinkah aku dan dikau
bersama bayangan
mendambakan kisah duka
bila tebu telah berbunga?
di persimpangan ini
penantianku rentung
merintis rimba kasih
meniti masakini
Rindu di gelap malam
siang dilanggani bulan
bintang di langit pekat
awan kelabu
menutupi cahaya
Ah cinta
mungkinkah aku dan dikau
bersama bayangan
mendambakan kisah duka
bila tebu telah berbunga?
Sabtu, 1 September 2007
Langgan:
Catatan (Atom)