Ahad, 23 September 2007

Fujimori kembali ke Peru

Bekas presiden Peru (1990-2000), Alberto Fujimori kembali ke Peru setelah beberapa lama berada di Chile.

Bekas pemimpin Peru yang berusia 69 tahun itu bukan kembali sebagai seorang wira, tetapi untuk diseret ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan rasuah dan pembunuhan menggunakan skuad pembunuh upahan.

Semasa berkuasa di negara Amerika Latin itu, bekas ketua kerajaan yang berketurunan pendatang dari Jepun ke Peru itu mendapat perlindungan politik di Jepun setelah dia lari dari Peru dan meletakkan jawatan presiden negara itu hanya melalui surat yang dihantar melalui fax.

Bagaimana pun, pada tahun 2005 beliau mendarat di Chile dengan sebuah kapal terbang kecil. Ramai yang terperanjat apabila dia mendedahkan hasratnya ingin bertanding dalam pilihanraya presiden Peru tahun 2006, sedangkan Kongres Peru telah mengharamkan dia aktif dalam politik sehingga tahun 2011.

Apakah kesudahan nasib Fujimori apabila dihadapkan ke mahkamah?

0 ulasan: