Pada hari Sabtu, 21 Februari yang lalu saya berkesempatan menyertai suatu kegiatan khidmat sosial yang dianjurkan oleh jabatan di syarikat tempat saya bekerja.
Tempat yang terpilih untuk kami berikan khimat sosial berupa mini gotong-royong serta sedikit ceramah pengenalan mengenai kerjaya maritim serta dunia IT ialah Kampung Orang Asli Bukit Mancung.
Perkampungan yang didiami oleh lebih 600 orang penduduk Suku Kaum Temuan merupakan kampungan orang asal yang lengkap dengan infrastruktur moden di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Walau pun bergaul selama separuh hari bersama penduduk di sini, kami dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang budaya masyrakat orang asal.
Andaikata kita ingin benar-benar merasai denyut nadi mereka, maka kita harus ikut contoh Ustaz Haji Yusof Abdullah ini. Beliau berasal dari Tapah, Perak dan sudah tinggal bersama penduduk di sini selama lebih 17 tahun.
Rabu, 25 Februari 2009
Isnin, 23 Februari 2009
Pelaut yang dibebaskan
Dua orang pelaut warga Indonesia yang diculik dari tongkang MLC Nancy 5 oleh gerombolan lanun 12 orang pada 19 Februari lalu telah dibebaskan.
Mereka dalam proses dihantar pulang ke kampung halaman mereka untuk bertemu keluarga setelah melalui trauma ekoran diculik gerombolan lanun itu.
Syukurlah mereka telah bebas.
Sementara masih beratus-ratus orang pelaut lagi masih menjadi orang tebusan di Somalia.
Semoga mereka akan segera dibebaskan.
Mereka dalam proses dihantar pulang ke kampung halaman mereka untuk bertemu keluarga setelah melalui trauma ekoran diculik gerombolan lanun itu.
Syukurlah mereka telah bebas.
Sementara masih beratus-ratus orang pelaut lagi masih menjadi orang tebusan di Somalia.
Semoga mereka akan segera dibebaskan.
Ahad, 22 Februari 2009
Lanun culik dua anak kapal
Pada 19 Februari lalu satu gerombolan lanun seramai 12 orang bersenjatakan senapang telah menyerang sebuah tongkang milik syarikat yang berpangkalan di Singapura semasa kapal tersebuat dalam pelayaran di perairan Selat Melaka.
Gerombolan itu telah menculik dua orang anak kapal sebelum beredar dari situ.
Belum dapat disahkan kewarganegaraan pelaut itu dan sama ada rundingan sedang dijalankan untuk pembebasan dua orang pelaut yang malang itu.
Pelbagai pihak yang memantau serangan lanun mengatakan gerombolan lanun masih beroperasi di Selat Melaka serta perairan sekitar Pulau Tioman.
Oleh yang demikian, selain para pelaut kapal dagang, para pelancung dan juga para pengail serta nelayan perlu berhati-hati di kawasan tersebut.
Laporan sebuah badan bergelar ReCAAP boleh dibaca DI SINI.
Selasa, 17 Februari 2009
Polis Marin tumpaskan kumpulan lanun!
Polis Marin Malaysia percaya mereka berjaya melumpuhkan sekumpulan lanun yang berleluasa di perairan Johor apabila mereka berjaya memberkas tujuh orang ahli gerombolan itu, selepas peristiwa tembak menembak di antara polis marin dan gerombolan lanun itu awal pagi Isnin.
Sumber pihak berkuasa mendedahkan modus operandi gerombolan itu. Mereka akan menghubungi syarikat perkapalan dengan menyamar sebagai pembekal minyak diesel. Selepas itu bot gerombolan itu akan merapati kapal yang disasar, kononnya untuk memindahkan diesel ke kapal itu.
Pada ketika itulah penjahat itu akan menaiki bot itu dengan bersenjatakan pistol, parang serta bom tangan dan akan memaksa anak kapal menyerahkan wang tunai dan barang-barang benilai.
Pada pukul 3.00 pagi Isnin itu pihak polis marin telah mendapat kerjasama daripada pemilik kapal dan menyamar sebagai anak kapal. Sebaik sahaja lanun itu tiba polis memberi amaran supaya gerombolan itu berhenti.
Lanun telah telah membaling beberapa bom tangan ke arah anggota polis, tetapi hanya sebutir sahaja yang meletup.
Pihak polis marin telah membalas tembakan ke arah enjin bot gerombolan lanun itu, mengakibatkan seorang lanun terkena tembakan di rusuknya.
Ekoran kejadian itu polis berjaya memberkas tujuh orang ahli gerombolan lanun itu, manakala tiga orang lagi berjaya melepaskan diri.
Gerombolan lanun ini dipercayai dianggotai oleh warga sebuah negara jiran.
Baca lagi kisah ini DI SINI.
Poligami perlu izin isteri?
Anda seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri dan ingin menikah lagi tanpa izin isteri?
Sila baca DI SINI.
Sila baca DI SINI.
Mahkamah tolak permohonan Raisudin
Pada 5 Februari 2009 lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menolak permohonan Raisudin Hamzah bagi mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah Suberi di Selatan Thailand kira-kira dua tahun lalu.
Sehubungan dengan itu, mahkamah yang sama juga menolak permohonan bapa Siti Fatimah bagi membubarkan perkahwinan itu secara farakh.
Hakim Syariah, Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah memerintahkan Raisudan dan Siti Fatimah memfailkan permohonan mereka di mahkamah tinggi kerana perkara ini melibatkan isu poligami.
Gambar ini dipetik dari laman web utusan.com.my DI SINI.
Nota: Mungkinkah ada di kalangan para pembaca budiman yang boleh mencadangkan penyelesaian yang lebih mudah untuk Raisudin dan Siti Fatimah, serta sedikit nasihat kepada bapa mertua Raisudin?
Sabtu, 14 Februari 2009
Siakap menjadi buruan pengail dan penggemar ikan
Selain ikan jenahak, kerapu dan kurau sejenis lagi ikan laut yang menjadi buruan para pengail ialah ikan siakap atau Lates Calcarifer mengikut istilah nama saintifik.
Apabila ikan ini memakan umpan, ia menyambar dan terus melarikan umpan. Apabila sudah terkena pancing ikan siakap akan melawan dengan ganas dan agresif. Jadi sekiranya perambut tidak kuat atau joran tidak cukup elastik pengail akan gagal menawan ikan ini.
Siakap tidak memilih umpan. Gunakanlah umpan ikan (fillet), sotong atau udang, nescaya siakap tidak menolak.
Bagi penggemar ikan, masakan yang menjadi pilihan ialah siakap masak kukus (stim), masam manis, tiga rasa. Ada juga yang suka memakan ikan siakap yang dibakar dengan dibungkus dengan daun pisang.
Siakap menjadi buruan pengail dan penggemar ikan
Selain ikan jenahak, kerapu dan kurau sejenis lagi ikan laut yang menjadi buruan para pengail ialah ikan siakap atau Lates Calcarifer mengikut istilah nama saintifik.
Apabila ikan ini memakan umpan, ia menyambar dan terus melarikan umpan. Apabila sudah terkena pancing ikan siakap akan melawan dengan ganas dan agresif. Jadi sekiranya perambut tidak kuat atau joran tidak cukup elastik pengail akan gagal menawan ikan ini.
Siakap tidak memilih umpan. Gunakanlah umpan ikan (fillet), sotong atau udang, nescaya siakap tidak menolak.
Bagi penggemar ikan, masakan yang menjadi pilihan ialah siakap masak kukus (stim), masam manis, tiga rasa. Ada juga yang suka memakan ikan siakap yang dibakar dengan dibungkus dengan daun pisang.
Khamis, 12 Februari 2009
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (S.A.W.)
RM 19.50 (Semenanjung)/ RM 21.50 (Sabah & Sarawak);
ISBN 983-3604-30-7; 978-983-3604-30-2; 9789833604302
Tarikh Terbit: 16 February 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 304 halaman
Pada tahun 2008 Saudara Zamri Mohamad telah mencadangkan kepada beberapa orang penulis lain untuk sama-sama bergabung berganding bahu menulis buku.
Mereka semua bersetuju menulis buku-buku yang dicadangkan itu. Justeru, terhasillah beberapa buah buku karya beliau bersama beberapa orang penulis itu.
Saya merasa bertuah kerana beliau juga mengajak saya untuk menyertai projek buku tip-tip rumah tangga bahagia. Sebab utama beliau mengajak saya menulis buku ini ialah katanya, "Bahan dari buku saya 'Di Bawah Payung Aishah...' boleh menjadi hujah kuat untuk saya gunakan dalam buku baru ini..."
Setelah siap manuskrip editor bertukar dan judul buku beberapa kali diubah demi mencari yang paling sesuai.
Pada mulanya karya kami ini dikelaskan dalam genre Cinta dan Perhubungan, akan tetapi kemudian ditukar kepada Islam Kontemporari.
Hari ini gambar kulit buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah ini dipaparkan di sini.
Alhamdulillah!
Faina, lanun Somalia dan Selatan Sudan
Setelah berperang selama berbelas tahun yang mengakibatkan lebih dua juta orang mati terkorban, pada tahun 2005, kerajaan Sudan dan pihak Sudan Selatan telah memeterai Perjanjian Damai Komprehensif.
Antara kandungan perjanjian itu ialah pada tahun 2011 warga Sudan akan memilih sama ada ingin merdeka dari Khartoum atau terus bersama Sudan.
Para pemerhati politik hampir sebulat suara meramalkan bahawa warga Sudan Selatan akan memilih untuk merdeka dan pihak Khartoum tidak akan semudah itu melepaskan wilayah mereka yang kaya dengan hasil bumi itu. Hasilnya, tentu sahaja negara terbesar di Afrika itu akan melalui perang saudara semula.
Pada bulan September tahun lalu kapal MV Faina telah dirampas lanun. Pihak barat khususnya Amerika menjadi kecoh kerana destinasi kapal yang membawa senjata berat itu tidak diketahui. Semua pihak bimbang senjata itu akan jatuh ke tangan pihak yang bersengketa di Somalia (baca pihak pro-Islam Somalia).
Isu Sudan pecah semula sebaik sahaja kapal MV Faina yang membawa senjata moden dari Ukraine itu dibebaskan oleh gerombolan lanun Somalia setelah pihak pemilik membayar wang tebusan. Destinasi kargo senjata dalam MV Faina itu rupa-rupanya ialah Sudan Selatan.
Tentunya pembelian senjata ini bukan melalui saluran biasa dan ini membuktikan Sudan Selatan sedang membina kekuatan untuk menghadapi satu peperangan yang bakal meletus pada (atau sebelum) tahun 2011.
Kita berani berkata pihak barat tentu sahaja akan memihak kepada Sudan Selatan dan akan memberikan tekanan sekatan terhadap pihak berkuasa Khartoum.
Kisah selanjutnya boleh diikuti DI SINI.
Seribu Kali Sayang Anis Ayuni
Novelis terkenal Anis Ayuni ialah satu nama yang sentiasa bermain di bibir peminat novel cinta Alaf21.
Antara karya terindah beliau ialah Manisnya Cinta, Gemersik Kalbu dan Bayangan Rindu.
Yang terbaru persembahan Anis Ayuni ialah Sayang Seribu Kali Sayang.
Anis Ayuni boleh disantuni di blog beliau DI SINI.
Satu penilaian semula?
Selain daripada mengikuti perkembangan semasa politik pada peringkat tanah air dan global, saya juga sedang menilai perkembangan semasa dalam diri.
Dengan lain perkataan persediaan diri dalam menghadapi perjalanan yang jauh ini. Fasa alam dunia sering menjadi prioriti sedangkan fasa selepas dunia lebih lama dan lebih kekal.
Bekalan masih belum mencukupi sedangkan perjalan jauh lagi.
Rabu, 4 Februari 2009
Perak negeri bersejarah
Negeri Perak terkenal sebagai negeri pengeluar bijih timah sejak kurun ke-17 Masehi lagi.
Pada kurun ke-18 Masehi, Perak menjadi rebutan di antara orang-orang Acheh, Bugis dan Siam.
Antara peristiwa yang paling bersejarah di Perak ialah Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 dan peristiwa Residen Inggeris yang bernama J.W.W. Birch dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.
Perak juga terkenal dengan Pulau Pangkor yang menjadi destinasi pelancungan dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan labu sayong. Bagi penggemar buah-buahan tempatan, durian Seberang Perak tidak perlu diperkenalkan lagi.
Kini Perak sekali lagi menjadi tumpuan peminat dan penganalisis politik dari seluruh tanah air.
Kita mendoakan semoga, walau apa pun kesudahan dari episod menarik ini, rakyat Perak akan beroleh kemenangan.
Selasa, 3 Februari 2009
Al-Shabab seru warga Somalia halau tentera AU
Pada hari Isnin lalu konvoi tentera 'pengaman' AU (Kesatuan Afrika) dibom di ibu negara Somalia, Mogadishu. Sebagai membalas serang bom itu tentera AU melepaskan tembakan ke arah tiga buah bas, mengakibatkan 18 orang awam dalam bas itu terbunuh.
Kejadian itu dilapurkan oleh seorang ketua polis di ibu negara Somalia itu. Pihak AU menafikan tuduhan itu.
Ekoran peristiwa yang memilukan itu, seorang daripada pemimpin Al-Shabab, suatu kumpulan pro-Islam Somalia yang dahulunya bernaung di bawah kesatuan UIC, Sheikh Mukhtar Robow telah menyeru semua tentera pengaman AU meninggalkan negara itu. Beliau juga menyeru rakyat Somalia bangkit memerangi tentera AU dan menghalau tentera pengaman AU.
Kata Sheikh Mukhtar, "Kita tidak perlu pertolongan daripada pembunuh rakyat kita. Ayuh semua! Mari kita perangi dan halau mereka. Biar mereka rasakan balasan kedurjanaan mereka!"
Berita lanjut boleh dibaca DI SINI.
Apakah suasana aman Somalia yang diimpikan oleh warga negara itu hanyalah suatu bayangan fatamorgana? Apakah kumpulan Sheikh Mukhtar Robow akan berperang dengan kumpulan ARS pimpinan Sheikh Sharif Sheikh Ahmad?
Adakah keadaan Somalia yang sentiasa bergolak akan mengakibatkan usaha menghapuskan kegiatan lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden menjadi semakin mencabar?
Kita doakan kesejahteraan untuk warga Somalia.
Ahad, 1 Februari 2009
Presiden baru Somalia
Semasa pihak Union of Islamic Courts (Kesatuan Mahkamah Syariah), UIC memerintah Somalia, Sheikh Sharif Sheikh Ahmad merupakan salah seorang pemimpin kanan UIC.
Namun keamanan Somalia tidak lama kerana atas hasutan dan adu-domba pihak imperialis barat, yang sememangnya dipimpin oleh Amerika yang memberi bantuan kepada pihak ketua-ketua gerombolan militia (warlords), pada tahun 2006 Ethiopia menghantar tenteranya menceroboh Somalia. Pihak UIC terpaksa berundur dari bandar dan pekan Somalia, termasuk ibu negara itu, iaitu Mogadishu.
Akan tetapi pelbagai pihak yang berada di bawah payung UIC meneruskan perjuangan mereka secara gerila.
Hasilnya, pihak TFG yang berpangkalan di Baidoa tidak dapat bertahan menghadapi asakan pihak gerila UIC, mereka akhirnya bersetuju memberikan ruang kepada pihak UIC di bawah pimpinan Sheikh Sharif menyertai parlimen TFG. Parlimen TFG menambah ahli parlimen kepada 550 orang, iaitu dengan memasukkan 200 orang ahli dari kalangan pemimpin UIC, manakala 75 ahli lagi akan kumpulan pembangkang dan pertubuhan awam Somalia.
Sabtu lalu Sheikh Sharif terpilih sebagai Presiden Somalia yang baru, jawatan yang dahulunya disandang oleh Abdullahi Yusuf Ahmed. Sheikh Sharif menewaskan pencabar terdekatnya, Maslah Mohamed Siad, anak bekas president Mohamed Siad Barre (yang digulingkan pada tahun 1991), dengan mendapat 293 undi sedangkan Maslah mendapat hanya 126 undi.
Walau pun Sheikh Sharif dilihat oleh banyak pihak sebagai orang yang berupaya menyatukan pelbagai pihak Somalia dan membawa keamanan dalam negara Horn of Africa itu, landskap politik negara itu sudah banyak berubah.
Puak yang dipimpin oleh Sheikh Sharif sekarang dikenali sebagai Pakatan Pembebasan Semula Somalia (ARS) dan suatu pihak yang dulunya bernaung di bawah UIC sudah keluar dari kesatuan UIC yang menggelarkan diri mereka Al-Shabab (ertinya Pemuda) telah menawan Baidoa, bandar yang menjadi pangkalan TFG. Akibatnya, pihak TFG membuat majlis pemilihan presiden di negara jiran, iaitu Djibouti.
Sheikh Sharif telah pun menghulurkan tangan persahabatan kepada Al-Shabab untuk berganding bahu membangunkan Somalia.
Berjayakah presiden baru Somalia membawa keamanan di negara itu dan seterusnya membanteras kegiatan lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden?
Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan untuk warga Somalia yang sudah begitu lama dahagakan keamanan dan kesejahteraan.
Langgan:
Catatan (Atom)