Memaparkan catatan dengan label reckoning for Somalia pirates. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label reckoning for Somalia pirates. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2009

Anak kapal kuasai semula kapal yang dirampas lanun



Kapal milik syarikat kapal Maersk yang diberi nama Maersk Alabama, berjaya dikuasai semula oleh anak kapal hasil tindakan nekad mereka merampas semula kapal itu dalam satu drama pertarungan antara kedua pihak itu di perairan luar pantai timur Afrika Rabu lalu.

Terdahulu daripada itu gerombolan lanun itu cuba merampas kapal kontena seberat 17,000 tonne yang dikendalikan oleh 21 orang anak kapal warga Amerika itu.

Walau bagaimana pun, gerombolan itu menculik nakhoda kapal itu semasa melarikan diri dengan bot penyelamat dari Maersk Alabama.

Antara kargo yang dimuat dalam kapal itu ialah 400 kontena berisi bantuan makanan untuk pelarian Somalia dan Uganda.

Kisah ini boleh didapati DI SINI.

Khamis, 12 Februari 2009

Faina, lanun Somalia dan Selatan Sudan



Setelah berperang selama berbelas tahun yang mengakibatkan lebih dua juta orang mati terkorban, pada tahun 2005, kerajaan Sudan dan pihak Sudan Selatan telah memeterai Perjanjian Damai Komprehensif.

Antara kandungan perjanjian itu ialah pada tahun 2011 warga Sudan akan memilih sama ada ingin merdeka dari Khartoum atau terus bersama Sudan.

Para pemerhati politik hampir sebulat suara meramalkan bahawa warga Sudan Selatan akan memilih untuk merdeka dan pihak Khartoum tidak akan semudah itu melepaskan wilayah mereka yang kaya dengan hasil bumi itu. Hasilnya, tentu sahaja negara terbesar di Afrika itu akan melalui perang saudara semula.

Pada bulan September tahun lalu kapal MV Faina telah dirampas lanun. Pihak barat khususnya Amerika menjadi kecoh kerana destinasi kapal yang membawa senjata berat itu tidak diketahui. Semua pihak bimbang senjata itu akan jatuh ke tangan pihak yang bersengketa di Somalia (baca pihak pro-Islam Somalia).

Isu Sudan pecah semula sebaik sahaja kapal MV Faina yang membawa senjata moden dari Ukraine itu dibebaskan oleh gerombolan lanun Somalia setelah pihak pemilik membayar wang tebusan. Destinasi kargo senjata dalam MV Faina itu rupa-rupanya ialah Sudan Selatan.

Tentunya pembelian senjata ini bukan melalui saluran biasa dan ini membuktikan Sudan Selatan sedang membina kekuatan untuk menghadapi satu peperangan yang bakal meletus pada (atau sebelum) tahun 2011.

Kita berani berkata pihak barat tentu sahaja akan memihak kepada Sudan Selatan dan akan memberikan tekanan sekatan terhadap pihak berkuasa Khartoum.

Kisah selanjutnya boleh diikuti DI SINI.

Ahad, 11 Januari 2009

Bot lanun tenggelam



Selepas menerima wang tebusan dalam kontena yang dilepaskan melalui payung terjun dan membebaskan kapal serta anak kapal milik Saudi MT Sirius Star, gerombolan lanun melarikan diri ke pantai Somalia.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila bot yang mereka naiki tenggelam akibat, dipercayai akibat dipukul ribut. Empat daripada mereka terselamat, tetapi lima orang lagi dilapurkan hilang dan dipercayai mati lemas di laut.

Benarkah lima orang itu mati lemas memang kerana bot mereka dipukul ribut atau empat orang yang terselamat itu 'sengaja' menenggelamkan bot kerana ingin mendapatkan bahagian yang lebih daripada wang tebusan tidaklah pula dapat disahkan.

Mereka dipercayai hampir sampai ke tepi pantai di Haradhere, di wilayah Mudug, Somalia.

Dalam perkembangan lain, kapal milik Iran, MV Delight telah dibebaskan oleh gerombolan lanun yang merampasnya 53 hari yang lalu. Tidak dapat disahkan sama ada wang tebusan telah dibayar.

Bulan lepas, Iran diberitakan menghantar sebuah kapal perang bagi melindungi kapal dagang milik negara itu.