Selain ikan jenahak, kerapu dan kurau sejenis lagi ikan laut yang menjadi buruan para pengail ialah ikan siakap atau
Lates Calcarifer mengikut istilah nama saintifik.
Apabila ikan ini memakan umpan, ia menyambar dan terus melarikan umpan. Apabila sudah terkena pancing ikan siakap akan melawan dengan ganas dan agresif. Jadi sekiranya perambut tidak kuat atau joran tidak cukup elastik pengail akan gagal menawan ikan ini.
Siakap tidak memilih umpan. Gunakanlah umpan ikan (fillet), sotong atau udang, nescaya siakap tidak menolak.
Bagi penggemar ikan, masakan yang menjadi pilihan ialah siakap masak kukus (stim), masam manis, tiga rasa. Ada juga yang suka memakan ikan siakap yang dibakar dengan dibungkus dengan daun pisang.
3 ulasan:
rasanya kalau ikan mahal camgini kalau dibakar sahaja amatlah rugi..buatlah sweet sour, 3rasa etc...lain org lain citarasakan...
Sdr KTB,
Lain orang lain citarasa - ya, tepat sekali.
Jadi tentu sahaja ada orang yang suka ikan siakap bakar dalam daun pisang atau aluminium foil. :)
salam bang.. saya link kan blog abang ke blog saya di sini
Catat Ulasan