Setelah berperang selama berbelas tahun yang mengakibatkan lebih dua juta orang mati terkorban, pada tahun 2005, kerajaan Sudan dan pihak Sudan Selatan telah memeterai Perjanjian Damai Komprehensif.
Antara kandungan perjanjian itu ialah pada tahun 2011 warga Sudan akan memilih sama ada ingin merdeka dari Khartoum atau terus bersama Sudan.
Para pemerhati politik hampir sebulat suara meramalkan bahawa warga Sudan Selatan akan memilih untuk merdeka dan pihak Khartoum tidak akan semudah itu melepaskan wilayah mereka yang kaya dengan hasil bumi itu. Hasilnya, tentu sahaja negara terbesar di Afrika itu akan melalui perang saudara semula.
Pada bulan September tahun lalu kapal MV Faina telah dirampas lanun. Pihak barat khususnya Amerika menjadi kecoh kerana destinasi kapal yang membawa senjata berat itu tidak diketahui. Semua pihak bimbang senjata itu akan jatuh ke tangan pihak yang bersengketa di Somalia (baca pihak pro-Islam Somalia).
Isu Sudan pecah semula sebaik sahaja kapal MV Faina yang membawa senjata moden dari Ukraine itu dibebaskan oleh gerombolan lanun Somalia setelah pihak pemilik membayar wang tebusan. Destinasi kargo senjata dalam MV Faina itu rupa-rupanya ialah Sudan Selatan.
Tentunya pembelian senjata ini bukan melalui saluran biasa dan ini membuktikan Sudan Selatan sedang membina kekuatan untuk menghadapi satu peperangan yang bakal meletus pada (atau sebelum) tahun 2011.
Kita berani berkata pihak barat tentu sahaja akan memihak kepada Sudan Selatan dan akan memberikan tekanan sekatan terhadap pihak berkuasa Khartoum.
Kisah selanjutnya boleh diikuti
DI SINI.
0 ulasan:
Catat Ulasan