Selasa, 17 Februari 2009

Polis Marin tumpaskan kumpulan lanun!



Polis Marin Malaysia percaya mereka berjaya melumpuhkan sekumpulan lanun yang berleluasa di perairan Johor apabila mereka berjaya memberkas tujuh orang ahli gerombolan itu, selepas peristiwa tembak menembak di antara polis marin dan gerombolan lanun itu awal pagi Isnin.

Sumber pihak berkuasa mendedahkan modus operandi gerombolan itu. Mereka akan menghubungi syarikat perkapalan dengan menyamar sebagai pembekal minyak diesel. Selepas itu bot gerombolan itu akan merapati kapal yang disasar, kononnya untuk memindahkan diesel ke kapal itu.

Pada ketika itulah penjahat itu akan menaiki bot itu dengan bersenjatakan pistol, parang serta bom tangan dan akan memaksa anak kapal menyerahkan wang tunai dan barang-barang benilai.

Pada pukul 3.00 pagi Isnin itu pihak polis marin telah mendapat kerjasama daripada pemilik kapal dan menyamar sebagai anak kapal. Sebaik sahaja lanun itu tiba polis memberi amaran supaya gerombolan itu berhenti.

Lanun telah telah membaling beberapa bom tangan ke arah anggota polis, tetapi hanya sebutir sahaja yang meletup.

Pihak polis marin telah membalas tembakan ke arah enjin bot gerombolan lanun itu, mengakibatkan seorang lanun terkena tembakan di rusuknya.

Ekoran kejadian itu polis berjaya memberkas tujuh orang ahli gerombolan lanun itu, manakala tiga orang lagi berjaya melepaskan diri.

Gerombolan lanun ini dipercayai dianggotai oleh warga sebuah negara jiran.

Baca lagi kisah ini DI SINI.

0 ulasan: