Memaparkan catatan dengan label buku baru 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku baru 2009. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mac 2009

Ambil buku di stor PTS yang baru



Saya mendapat hari kelepasan hari ini. Selepas selesai beberapa urusan, saya pun mengirimkan pesanan SMS kepada Cik Syikin dari PTS Millennia, bertanya sama ada saya boleh mengambil writers copies buku terbaru yang saya karang bersama Zamri.

Beliau menelefon saya mengatakan buku itu baru masuk stor semalam. Maka saya kata, "Baguslah. Bolehlah saya ke sana."

Semasa saya sudah dalam perjalanan dan melintasi pekan Sentul, beliau menelefon lagi mengatakan lori yang akan menghantar buku itu ke stor baru sahaja keluar dari premis pencetak, bukan semalam.

Saya kata, "Tak apa, saya boleh tunggu di sana sebab saya ada masa menunggu hari ini."

Beliau mengirimkan alamat baru stor PTS yang baru di Dolomite Business Park. Semasa tiba di tingkat mezzanin stor PTS saya bertemu dengan Tuan Osman Affan yang kebetulan sedang menunggu buku-buku yang beliau pesan.

Sempat juga bertukar-tukar maklumat tentang perkembangan penulisan masing-masing serta tentang pasaran latihan. Alhamdulillah, perniagaan latihan beliau sedang berkembang pesat. Beliau akan sentiasa on the road dalam masa seminggu dua nanti kerana memenuhi jemputan sekolah-sekolah untuk mencurahkan kepakaran beliau mengenai teknik belajar kepada para pelajar sekolah.

Setelah saya mengambil buku-buku saya (gambar di atas) saya turun dan sekali terserempak dengan Tuan Osman yang menganbil buku-buku beliau dan memuatkan ke dalam kereta beliau. Saya perhatikan kereta beliau bukan calang-calang kenderaan - Toyota Hilux.

Waduh, Tuan Osman! Teruskan usaha gigih tuan. Semoga usaha niaga tuan bertambah maju dan kembang. Seorang lagi anak bangsa yang sedang menuju mercu kejayaan. Syukur.

Selepas episod di stor PTS yang baru ini saya mendapat semangat baru untuk menceburi bidang latihan, kerana ingin berjaya seperti Tuan Osman Affan juga.

Khamis, 12 Februari 2009

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (S.A.W.)



RM 19.50 (Semenanjung)/ RM 21.50 (Sabah & Sarawak);
ISBN 983-3604-30-7; 978-983-3604-30-2; 9789833604302
Tarikh Terbit: 16 February 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 304 halaman

Pada tahun 2008 Saudara Zamri Mohamad telah mencadangkan kepada beberapa orang penulis lain untuk sama-sama bergabung berganding bahu menulis buku.

Mereka semua bersetuju menulis buku-buku yang dicadangkan itu. Justeru, terhasillah beberapa buah buku karya beliau bersama beberapa orang penulis itu.

Saya merasa bertuah kerana beliau juga mengajak saya untuk menyertai projek buku tip-tip rumah tangga bahagia. Sebab utama beliau mengajak saya menulis buku ini ialah katanya, "Bahan dari buku saya 'Di Bawah Payung Aishah...' boleh menjadi hujah kuat untuk saya gunakan dalam buku baru ini..."

Setelah siap manuskrip editor bertukar dan judul buku beberapa kali diubah demi mencari yang paling sesuai.

Pada mulanya karya kami ini dikelaskan dalam genre Cinta dan Perhubungan, akan tetapi kemudian ditukar kepada Islam Kontemporari.

Hari ini gambar kulit buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah ini dipaparkan di sini.

Alhamdulillah!