Rabu, 28 Januari 2009

Perkembangan di Somalia

Pihak tentera laut Perancis berjaya memberkas sembilan ahli gerombolan lanun ketika gerombolan itu sedang dalam percubaan merampas kapal kargo African Ruby, semasa kapal itu dalam pelayaran di luar pantai Somalia, Selasa lalu.

Baca berita lanjut DI SINI.

Dalam perkembangan lain, ahli gerombolan lanun yang merampas kapal tunda milik Nigeria, MT Yenagoa Ocean telah menembak mati beberapa orang ahli gerombolan itu sendiri akibat perselisihan faham. Kapal itu merupakan kapal yang paling lama dalam tawanan lanun, iaitu sejak 4 Ogos 2008. Kapal itu dikatakan telah dibiarkan begitu sahaja oleh pemiliknya dan hanya mula membantu semula setelah menerima pesanan rayuan daripada kapten kapal itu melalui sebuah organisasi kemanusiaan baru-baru ini.

Sila baca berita lanjut DI SINI.

Dalam perkembangan berkaitan, puak pro-Islam, al-Shabab diberitakan telah menawan bandar Baidoa, iaitu bandar yang menempatkan kerajaan TFG Somalia, sebaik sahaja tentera Ethiopia berundur dari negara itu. Kini, suasana politik negara itu semakin rumit kerana pihak UIC pimpinan Sheikh Sharif Sheikh Ahmad sudah bersetuju menjadi sebahagian daripada parlimen TFG atas dasar kerjasama bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bagi mencari penyelesaian masalah politik Somalia yang berlarutan sejak kerajaan pimpinan UIC diusir keluar dari Mogadishu pada tahun 2006 yang lalu.

Semoga pihak yang bersengketa di Somalia dapat mencapai kata sepakat demi keamanan dan kebaikan rakyat negara itu, dan pada masa yang sama masalah lanun di perairan Somalia dapat dibanteras sepenuhnya.

Ahad, 25 Januari 2009

Akademi Laut Malaysia sediakan kursus anti-lanun

Akademi Laut Malaysia (ALAM) sedang menyediakan kursus anti-lanun dan apabila siap kelak, kursus akan ditawarkan kepada semua pihak dalam industri maritim.

Kursus ini dibangunkan selaras dengan pengalaman yang dilalui oleh syarikat MISC Berhad semasa dua buah kapal miliknya dirampas lanun pada tahun lalu.

Kursus itu akan melatih para pelajar ALAM, iaitu kadet maritim untuk menghadapi ancaman lanun semasa dalam pelayaran.

Dalam perkembangan yang lain, ALAM juga akan menyediakan kursus kelayakan bagi membolehkan jurutera mekanikal bertugas di kapal dagang. Kursus selama enam bulan itu akan melengkapkan para jurutera akan ditambah pula dengan bekerja sambil belajar dan belayar di kapal dagang selama enam bulan lagi.

Berita ini boleh dibaca selanjutnya DI SINI.

Sabtu, 24 Januari 2009

Anak kapal China dapat hadiah 10K seorang selamatkan kapal

Setiap orang daripada 30 orang anak kapal dagang milik Republik Rakyat China, Zhen Hua 4, menerima hadiah saguhati sebanyak 10 ribu dolar Amerika daripada majikan mereka kerana berjaya menyelamatkan kapal itu daripada dirampas lanun semasa dalam pelayaran di perairan Teluk Aden, diluar pantai Somalia pada 17 Januari 2009 yang baru lalu.

Dalam peristiwa itu sembilan orang ahli gerombolan lanun Somalia bersenjatakan pelancar roket dan rifel automatik telah menaiki kapal itu. Anak kapal itu membaling bom api yang diperbuat daripada koktel molotov ke arah gerombolan lanun itu selama enam jam dan menggagalkan percubaan lanun itu.

Syabas kepada anak kapal Zhen Hua 4 yang bersemangat tinggi dalam memperjuangkan kebebasan dan nasib mereka serta kapal mereka.

Tahniah kepada majikan yang telah bermurah hati memberikan saguhati kepada anak kapal mereka.

Kita mengharapkan lebih ramai lagi pelaut yang berdaya juang sebegini dan lebih banyak lagi pemilik kapal yang bermurah hati seperti pemilik kapal China itu.

Kisah keberanian para pelaut itu boleh dibaca DI SINI dan DI SINI.

Rabu, 21 Januari 2009

Ekonomi menguncup stabilkan permintaan dan bekalan pelaut

Keadaan ekonomi dunia yang menguncup dijangka akan merapatkan jurang di antara permintaan dan bekalan para pelaut oleh industri maritim.

Pada ketika ini industri maritim global dianggarkan kekurangan 20,000 orang pelaut. Ini kurang 14,000 orang daripada anggaran yang diberikan oleh Drewry Shipping Consultants seperti yang disiarkan di blog Meredah Samudera tahun lepas.

Untuk rekod, seseorang pelaut akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun mengikuti program pelaut dari tamat persekolahan sehingga menjadi seorang pelaut berpangkat Nakhoda atau Ketua Jurutera Marin.

Berita lanjut boleh didapati DI SINI.

Dalam perkembangan yang lain, pengerusi syarikat Rogers Holding yang berpangkalan di Singapura mengesyorkan para pelabur supaya 'menjauhi' dengan Dolar Amerika, kerana nilai dolar dijangka akan merudum dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata, "Amerika asyik mencetak wang sahaja. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan ekonomi negara itu, walau pun tindakan begitu akan menjahanamkan nilai Dolar Amerika."

Berita lanjut boleh dibaca DI SINI

Isnin, 19 Januari 2009

19 orang ahli gerombolan lanun diberkas

Dua minggu lepas pihak komando tentera laut Perancis berjaya memberkas 19 orang ahli gerombolan lanun yang sedang dalam proses merampas dua buah kapal kargo di perairan Teluk Aden.

Sebelum ini lanun yang diberkas dibawa ke Paris untuk dibicara dan setelah didapati bersalah, mereka dihukum penjara.

Akan tetapi kali ini pihak komando Perancis menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Puntland.

Tidak dapat disahkan kenapa mereka tidak dihantar ke Perancis dan dibicarakan. Mungkinkah Perancis sudah malas untuk menanggung kos menerbangkan gerombolan ini ke Perancis dan kemudian menanggung makan minum percuma mereka sedangkan pembayar cukai negara itu yang menanggung kos?

Berita lanjut dan beberapa gambar yang menarik peristiwa memberkas gerombolan lanun itu boleh didapati DI SINI

Ahad, 18 Januari 2009

Pak Ngah Balik (Bulan Mengambang)

Bulan mengambang
bulan mengambang
Pak Ngah yang balik

Bulan mengambang
bulan mengambang
ahai lah sayang
bulan mengambang
di tengah malam

Bulan mengambang
bulan mengambang
ahai nampak bercahaya
nampak bercahaya
dengan serinya

Pak Ngah balik
ahai janganlah adik
janganlah adik
merasa bimbang
abang pergi
abang pergi
takkan lama

Sabtu, 17 Januari 2009

Semalam di Kuala Terengganu

Pada hari Sabtu, 17 Januari 2009, para pengundi di P036 Kuala Terengganu berpeluang sekali lagi memilih wakil rakyat yang akan membawa suara mereka ke Parlimen.

Adakah mereka berjaya memilih MP yang akan bersama denyut nadi mereka atau sebaliknya?

Mungkinkah mereka akan mencipta suatu sejarah gemilang dalam merubah landskap politik tanah air?

Apa pun, itu semua akan terjawab pada malam ini.

Penantian ini memang mendebarkan!!!

Kuala Lumpur - 3.55 petang {Tidak dapat ke sana kerana bertugas!!! :-(}

Khamis, 15 Januari 2009

Kurangnya kargo kapal dagang menandakan ekonomi dunia merosot!

Beberapa tanda ekonomi dunia semakin merosot ialah kurangnya barangan yang dibawa oleh kapal-kapal dagang seluruh dunia.

Kadar tambang kapal yang ditawarkan bagi menghantar kargo dikatakan menjunam teruk sekali sehingga jatuh di bawah paras kos operasi penghantaran kargo itu sendiri.

Para pengekspot barangan begitu susah sekali mendapatkan Letter of Credit dari bank, walau pun sudah ada pembeli barangan itu di destinasi. Akibatnya, barangan dalam kontena atau bukan kontena bertimbun-timbun di pelabuhan kerana tidak dapat dihantar.

Pemandangan di pelabuhan Singapura juga menunjukkan tanda-tanda ekonomi merosot. Kapal-kapal dagang yang terpaksa diberhentikan khidmatnya kerana kekurangan kargo kelihatan berbaris-baris tersadai di kawasan anchorage di pelabuhan tersebut. Baca berita selanjutnya DI SINI

Ekonomi Amerika juga dikatakan menuju kehancuran. Apabila ekonomi negara itu hancur maka ekonomi negara-negara yang menjadi trading partners kepadanya juga akan terkena tempias kehancuran itu.

Apakah ini sudahnya sistem ekonomi kapitalis? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Selasa, 13 Januari 2009

Lanun lemas bersama wang tebusan

Selepas menerima wang tebusan hasil rampasan kapal M.T. Sirius Star milik Arab Saudi, kumpulan lanun yang merampas kapal itu dua bulan yang lalu itu pun mengagihkan duit tebusan itu di kalangan ahli mereka.

Kemudian mereka melarikan diri meninggalkan kapal itu. Sembilan atau lapan orang daripada mereka telah melarikan diri dengan sebuah bot untuk ke pantai di Haradhere, di wilayah Mudug, Somalia.

Dalam pelayaran ke pantai itu mereka dilanda ribut dan ombak besar, mengakibatkan bot yang mereka naiki itu karam. Daripada tiga atau empat orang yang terselamat, dikatakan hanya seorang sahaja yang berjaya berenang ke darat bersama bahagian wang tebusannya, sementara yang lain hanya setakat boleh bergembira kerana nyawa masih di badan.

Empat atau lima orang dikatakan hilang dan dikhuatiri mati lemas. Mayat salah seorang daripada mereka yang mati lemas itu ditemui terdampar di tepi pantai bersama wang tebusan bahagiannya.

Dia tidak kehilangan wang, tetapi sayangnya dia tidak sempat meraikan kejayaan gerombolan mereka dengan wang tebusan itu.

Alias mengancam siakap lagi!

Salam untuk semua pengunjung blog yang budiman.

Seperti biasa pada 10/01/2009 saya melepaskan gian memancing saya di Batu 30 Ulu Yam. Sampai seawal pagi di kolam pancing. Ingatkan saya orang terawal rupanya sudah ada beberapa pemancing lain yg lebih awal tiba dari saya. Namun masih belum boleh masuk lagi sebab penjaga kolam pancing siakap iaitu Pakcik Mat masih belum sampai lagi. Sementara menunggu Pakcik Mat tiba saya sempat berbual dengan pemancing-pemancing lain tentang isu-isu semasa berkenaan joran dan ikan.

Tidak berapa minit Pak Mat pun tiba. Setelah membayar kami semua pun mula melabuhkan joran masing-masing. Saya menggunakan joran “Abu Garcia Conolon” dan kili “Shimano Navi”sebagai ganti Seahawk Slim Max yang patah minggu lepas dikolam yang sama. Tidak sampai 1 jam saya sudah pun menaikkan 3 ekor siakap sementara pemancing-pemancing lain juga turut menaikkan ikan mereka dalam jumlah yang banyak juga. Kami masing-masing tersenyum keseronokkan sambil menjeling antara satu sama lain apabila masing-masing melawan dan menaikkan ikan. Seolah-olah suasana pada masa itu seperti suatu perlumbaan siapa yg paling banyak menaikkan ikan maka dialah juara. Memang seronok sungguh. Itu le ungkapan yg boleh saya katakana disini.

Lebih kurang 1 jamsetengah berlalu maka suasana mula perlahan. Ikan mula kurang memakan umpan kerana agaknya mungkin ikan dah kurang dan kami mula menunggu Ah So (Tauke kolam)untuk melepaskan ikan baru kedalam kolam. Sementara menunggu kami mula berbual semula. Didalam perbualan kami ada diantara pemancing yg mengatakan dia seronok memancing di kolam Bt 30 Ulu Yam sbb boleh dikatakan setiap kali memancing disitu tentu tidak pulang dgn tangan kosong walaupun jarak untuk kekolam dari rumahnya lebih kurang 100km. Wow… dalam hati saya berkata jauhnya dia datang. Yealah kalau dah kena tempat dan minat pula sudah tentu orang tak kisah tentang jarak maka tetap akan dating juga.

Kemudian saya bertanya. “Datang dari mana”. Katanya “Dari Perak”. Tapi saya tak teringat pula dari daerah mana di Perak tu dia datang. Tak pelah yang jelas bagi saya memang betul kalau dah kaki pancing jika ada tempat yang bagus tentu akan datang juga.

Selepas hampir 15 minit perbulan kami berlalu kami nampak Ah So (Tauke kolam) mula turun membawa tangguk kekolam. Apa lagi kami semua mula tersenyum. Tersenyum pasal apa? Pasal ikan akan ditambah dan sudah tentu joran kami akan dicabar oleh Siakap Bt 30. Memang benar tak sampai 15 minit beberapa pemancing mula bertarung menarik siakap seorang demi seorang. Selang 10 minit beberapa orang yang lain pula menarik dan begitulah selang masa ikan dinaikan sehingga la masa menunjukkan pukul 12:00pm saya pun pulang kerana masa saya telah pun tama dengan senyuman puas saya pulang dengan 4 ekor siakap Batu 30 Ulu Yam.

Rasanya minggu ni nak turun lagi. Ada sesiapa nak ikut?

Ahad, 11 Januari 2009

Bot lanun tenggelam

Selepas menerima wang tebusan dalam kontena yang dilepaskan melalui payung terjun dan membebaskan kapal serta anak kapal milik Saudi MT Sirius Star, gerombolan lanun melarikan diri ke pantai Somalia.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila bot yang mereka naiki tenggelam akibat, dipercayai akibat dipukul ribut. Empat daripada mereka terselamat, tetapi lima orang lagi dilapurkan hilang dan dipercayai mati lemas di laut.

Benarkah lima orang itu mati lemas memang kerana bot mereka dipukul ribut atau empat orang yang terselamat itu 'sengaja' menenggelamkan bot kerana ingin mendapatkan bahagian yang lebih daripada wang tebusan tidaklah pula dapat disahkan.

Mereka dipercayai hampir sampai ke tepi pantai di Haradhere, di wilayah Mudug, Somalia.

Dalam perkembangan lain, kapal milik Iran, MV Delight telah dibebaskan oleh gerombolan lanun yang merampasnya 53 hari yang lalu. Tidak dapat disahkan sama ada wang tebusan telah dibayar.

Bulan lepas, Iran diberitakan menghantar sebuah kapal perang bagi melindungi kapal dagang milik negara itu.

Jumaat, 9 Januari 2009

Lanun bebaskan kapal milik Arab Saudi

Gerombolan lanun yang merampas kapal jenis supertanker, MT Sirius Star, telah membebaskan kapal berserta anak kapal, demikian disebut oleh sumber berita AFP.

Kapal milik Arab Saudi itu dirampas pada 15 November 2008 semasa dalam dalam pelayaran di Lautan Hindi membawa 2 juta tong minyak mentah. Pada waktu itu lanun diberitakan menuntut wang tebusan sekurang-kurangnya 15 juta dolar Amerika.

Diberitakan juga jumlah wang tebusan yang dibayar kepada lanun untuk pembebasan kapal itu ialah sekitar tiga juta dolar Amerika.

Puak lanun masih lagi menahan 15 buah kapal berserta 250 orang anak kapal sejak tahun lalu. Pada tahun 2008 sahaja diberitakan gerombolan lanun telah melakukan paling kurang 100 kali serangan terhadap kapal dagang yang belayar melalui perairan Somalia dan Teluk Aden.

Selasa, 6 Januari 2009

Alias tawan 5 ekor siakap!

Seperti biasa pada 04/01/2008 pukul 7:30 pagi saya ke Batu 30, Ulu Yam memenuhi tuntutan hobi memancing saya dgn memancing siakap Hasilnya 5 ekor siakap berjaya dinaikan.

Namum malang menimpa. Baru memancing 1 jam 45 minit joran “Seahawk Ultra Light” yang baru saya gunakan utk kali ke dua yang direntap telah patah. Kesilapan saya adalah kerana saya telah kunci mati kekili saya maka apabila ikan menarik umpan kekili langsung tidak main.

Kerana tidak puas hati maka saya kekedai pancing berhampiran pada esok harinya lalau saya membeli “AbuGracia Conolon”. Hai terbang lagi 3 helai wang kertas RM50.00 saya.

Amacam ada sesiapa berani nak turun minggu ni??

Dulu tidak risau, sekarang pula risau

Dulu apabila anak sulung saya masuk ke sekolah saya tidak bimbang, risau pun jauh sekali.

Selepas itu anak kedua saya masuk ke sekolah saya tenang sahaja.

Begitulah seterusnya seorang demi seorang anak saya ke sekolah.

Sekarang anak sulung saya sudah selesai belajar dengan mendapat ijazah, bekerja dan sudah pun berumah tangga serta sudah bermastautin di Terengganu.

Semalam anak saya yang kecil ini memulakan hari pertama di sekolah. Saya bersama emaknya menghantarnya ke sekolah.

Saya lihat anak saya selamba sahaja memikul beg dan mengilik fail dan berjalan dengan dengan tenang sambil beratur bersama kawan-kawan darjah Satu Anggerik.

Sempat kami mendengar ucapan ringkas guru semasa kanak-kanak darjah satu itu berbaris.

"Boleh suruh emak ayah balik sekarang?" tanya Cikgu Muhaini beberapa kali, seolah-seolah menyampaikan satu 'mesej' kepada ibu-bapa yang bermaksud 'jangan bimbang, ibu bapa bolehlah beransur pulang....

Begitulah secebis kisah hari pertama anak kecil saya ke sekolah.

Baca lagi kisah anak saya ini ke sekolah di blog kakaknya DI SINI.

Jumaat, 2 Januari 2009

Di Bawah Payung Aishah antara buku best seller

Sumber laman web http://www.pts.com.my pada hari Jumaat, 2 Januari 2009, mendedahkan buku Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami tersenarai dalam kategori best seller.

Dua buku lagi yang tersenarai bersama ialah Salahudin-Penakluk Jerusalem dan Laskar Pelangi.

Alhamdulillah...

Salam Hijrahtul Rasulullah (S.A.W.) 1430

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 kepada para pengunjung blog ini yang budiman.

Semoga dengan ketibaan tahun 1430 Hijrah ini menjanjikan hari-hari yang lebih bahagia untuk para penyokong dan pendokong (pengamal) poligami.

Khabarnya kalau mengatur giliran untuk bertemu isteri-isteri menggunakan kalendar Hijriah, hasilnya lebih membahagiakan. Dengan syarat berlaku adil, ya.

Salam Maal Hijrah 1430

Khamis, 1 Januari 2009

Poe's horror

I love to be mystified and scared of Edgar Allan Poe's horror.

The originality and the macabre of Poe's tales will leave your heart pounding and you breathless.

Don't you love Poe?

Pancing ikan air tawar tahun 2009

Dengan mempamirkan gambar setem ini bukan bererti saya berhasrat memulakan hobi mengumpul setem yang bertema ikan air tawar!

Saya bercadang memancing ikan air tawar yang dikatakan lebih mencabar dan lebih seronok, kerana lokasi yang baik untuk memancing ikan air tawar biasanya terletak jauh dari pekan dan bandar.

Saya akan mencadangkan operasi pancing ikan air tawar ini kepada rakan-rakan pengail: Alias, Haizat dan Talib.

Ke mana kita? Ke Tasik Raban, atau Tasik Banding atau Tasik Kenyir?

Dipersilakan buat cadangan!

Boikot perayaan tahun baru 2009

Perdana menteri dan pemerintah United Arab Emirates (UAE) memerintahkan supaya perayaan menyambut tahun baru 2009 tidak diadakan demi menyatakan solidariti bersama penduduk Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza, yang kini menghadapi pengeboman tentera udara Yahudi.

Pada hari kedua operasi tentera Yahudi itu lebih 400 orang warga Palestin dilapurkan terbunuh dan ramai lagi yang cedera.

Sesungguhnya perayaan tahun baru adalah budaya barat dan juga Yahudi, maka sekiranya kita turut sama merayakan tahun baru 2009, kita seperti turut bergembira dengan pembunuhan ke atas warga awam Palestin yang tidak bersenjata.

Ayuh! Boikot perayaan tahun baru 2009.

Lanun agihkan wang tebusan ikut peratusan juga...

Mengikut lapuran yang dikutip dari sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), gerombolan lanun yang mermpas kapal dagang di perairan Somalia dan Teluk Aden membahagikan wang tebusan mengikut peratusan berikut:

30 % akan dibahagikan sama rata di kalangan ahli puak lanun, kecuali lanun yang pertama menaiki kapal dagang yang dirampas itu mendapat dua bahagian atau sebuah kenderaan (selalunya kenderaan pacuan empat roda). Lanun yang memerangi lanun lain mesti membayar denda. Waris lanun yang terbunuh semasa operasi akan menerima wang pampasan ganti rugi.

10 % untuk lanun yang bertugas di darat.

10 % untuk masyrakat tempatan seperti ketua kampung, pegawai pihak berkuasa tempatan yang telah menyediakan berbagai kemudahan ahli lanun atau sekutu lanun.

20 % diberi kepada orang yang membiayai operasi rampasan kapal dagang, dan orang pembiaya akan membahagikan wang itu dengan pembiayanya dan sekutu politik

30 % untuk penaja

Laporan lanjut boleh didapati DI SINI.