Beberapa tanda ekonomi dunia semakin merosot ialah kurangnya barangan yang dibawa oleh kapal-kapal dagang seluruh dunia.
Kadar tambang kapal yang ditawarkan bagi menghantar kargo dikatakan menjunam teruk sekali sehingga jatuh di bawah paras kos operasi penghantaran kargo itu sendiri.
Para pengekspot barangan begitu susah sekali mendapatkan
Letter of Credit dari bank, walau pun sudah ada pembeli barangan itu di destinasi. Akibatnya, barangan dalam kontena atau bukan kontena bertimbun-timbun di pelabuhan kerana tidak dapat dihantar.
Pemandangan di pelabuhan Singapura juga menunjukkan tanda-tanda ekonomi merosot. Kapal-kapal dagang yang terpaksa diberhentikan khidmatnya kerana kekurangan kargo kelihatan berbaris-baris tersadai di kawasan
anchorage di pelabuhan tersebut. Baca berita selanjutnya
DI SINIEkonomi Amerika juga dikatakan menuju kehancuran. Apabila ekonomi negara itu hancur maka ekonomi negara-negara yang menjadi
trading partners kepadanya juga akan terkena tempias kehancuran itu.
Apakah ini sudahnya sistem ekonomi kapitalis? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
0 ulasan:
Catat Ulasan