Selasa, 6 Januari 2009

Dulu tidak risau, sekarang pula risau




Dulu apabila anak sulung saya masuk ke sekolah saya tidak bimbang, risau pun jauh sekali.

Selepas itu anak kedua saya masuk ke sekolah saya tenang sahaja.

Begitulah seterusnya seorang demi seorang anak saya ke sekolah.

Sekarang anak sulung saya sudah selesai belajar dengan mendapat ijazah, bekerja dan sudah pun berumah tangga serta sudah bermastautin di Terengganu.

Semalam anak saya yang kecil ini memulakan hari pertama di sekolah. Saya bersama emaknya menghantarnya ke sekolah.

Saya lihat anak saya selamba sahaja memikul beg dan mengilik fail dan berjalan dengan dengan tenang sambil beratur bersama kawan-kawan darjah Satu Anggerik.

Sempat kami mendengar ucapan ringkas guru semasa kanak-kanak darjah satu itu berbaris.

"Boleh suruh emak ayah balik sekarang?" tanya Cikgu Muhaini beberapa kali, seolah-seolah menyampaikan satu 'mesej' kepada ibu-bapa yang bermaksud 'jangan bimbang, ibu bapa bolehlah beransur pulang....

Begitulah secebis kisah hari pertama anak kecil saya ke sekolah.

Baca lagi kisah anak saya ini ke sekolah di blog kakaknya DI SINI.

2 ulasan:

MBA berkata...

Salam;

Ado anok kecik lagi bae....

Imran Yusof berkata...

Tuan MBA,

Rezeki, tuan. Rezeki...