Gerombolan lanun yang merampas kapal jenis
supertanker, MT Sirius Star, telah membebaskan kapal berserta anak kapal, demikian disebut oleh sumber berita AFP.
Kapal milik Arab Saudi itu dirampas pada 15 November 2008 semasa dalam dalam pelayaran di Lautan Hindi membawa 2 juta tong minyak mentah. Pada waktu itu lanun diberitakan menuntut wang tebusan sekurang-kurangnya 15 juta dolar Amerika.
Diberitakan juga jumlah wang tebusan yang dibayar kepada lanun untuk pembebasan kapal itu ialah sekitar tiga juta dolar Amerika.
Puak lanun masih lagi menahan 15 buah kapal berserta 250 orang anak kapal sejak tahun lalu. Pada tahun 2008 sahaja diberitakan gerombolan lanun telah melakukan paling kurang 100 kali serangan terhadap kapal dagang yang belayar melalui perairan Somalia dan Teluk Aden.
0 ulasan:
Catat Ulasan