Ahad, 11 Januari 2009

Bot lanun tenggelam



Selepas menerima wang tebusan dalam kontena yang dilepaskan melalui payung terjun dan membebaskan kapal serta anak kapal milik Saudi MT Sirius Star, gerombolan lanun melarikan diri ke pantai Somalia.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila bot yang mereka naiki tenggelam akibat, dipercayai akibat dipukul ribut. Empat daripada mereka terselamat, tetapi lima orang lagi dilapurkan hilang dan dipercayai mati lemas di laut.

Benarkah lima orang itu mati lemas memang kerana bot mereka dipukul ribut atau empat orang yang terselamat itu 'sengaja' menenggelamkan bot kerana ingin mendapatkan bahagian yang lebih daripada wang tebusan tidaklah pula dapat disahkan.

Mereka dipercayai hampir sampai ke tepi pantai di Haradhere, di wilayah Mudug, Somalia.

Dalam perkembangan lain, kapal milik Iran, MV Delight telah dibebaskan oleh gerombolan lanun yang merampasnya 53 hari yang lalu. Tidak dapat disahkan sama ada wang tebusan telah dibayar.

Bulan lepas, Iran diberitakan menghantar sebuah kapal perang bagi melindungi kapal dagang milik negara itu.

0 ulasan: