Memaparkan catatan dengan label ekonomi dunia merosot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi dunia merosot. Papar semua catatan

Rabu, 21 Januari 2009

Ekonomi menguncup stabilkan permintaan dan bekalan pelaut



Keadaan ekonomi dunia yang menguncup dijangka akan merapatkan jurang di antara permintaan dan bekalan para pelaut oleh industri maritim.

Pada ketika ini industri maritim global dianggarkan kekurangan 20,000 orang pelaut. Ini kurang 14,000 orang daripada anggaran yang diberikan oleh Drewry Shipping Consultants seperti yang disiarkan di blog Meredah Samudera tahun lepas.

Untuk rekod, seseorang pelaut akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun mengikuti program pelaut dari tamat persekolahan sehingga menjadi seorang pelaut berpangkat Nakhoda atau Ketua Jurutera Marin.

Berita lanjut boleh didapati DI SINI.

Dalam perkembangan yang lain, pengerusi syarikat Rogers Holding yang berpangkalan di Singapura mengesyorkan para pelabur supaya 'menjauhi' dengan Dolar Amerika, kerana nilai dolar dijangka akan merudum dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata, "Amerika asyik mencetak wang sahaja. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan ekonomi negara itu, walau pun tindakan begitu akan menjahanamkan nilai Dolar Amerika."

Berita lanjut boleh dibaca DI SINI

Khamis, 15 Januari 2009

Kurangnya kargo kapal dagang menandakan ekonomi dunia merosot!



Beberapa tanda ekonomi dunia semakin merosot ialah kurangnya barangan yang dibawa oleh kapal-kapal dagang seluruh dunia.

Kadar tambang kapal yang ditawarkan bagi menghantar kargo dikatakan menjunam teruk sekali sehingga jatuh di bawah paras kos operasi penghantaran kargo itu sendiri.

Para pengekspot barangan begitu susah sekali mendapatkan Letter of Credit dari bank, walau pun sudah ada pembeli barangan itu di destinasi. Akibatnya, barangan dalam kontena atau bukan kontena bertimbun-timbun di pelabuhan kerana tidak dapat dihantar.

Pemandangan di pelabuhan Singapura juga menunjukkan tanda-tanda ekonomi merosot. Kapal-kapal dagang yang terpaksa diberhentikan khidmatnya kerana kekurangan kargo kelihatan berbaris-baris tersadai di kawasan anchorage di pelabuhan tersebut. Baca berita selanjutnya DI SINI

Ekonomi Amerika juga dikatakan menuju kehancuran. Apabila ekonomi negara itu hancur maka ekonomi negara-negara yang menjadi trading partners kepadanya juga akan terkena tempias kehancuran itu.

Apakah ini sudahnya sistem ekonomi kapitalis? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.