Rabu, 25 April 2007


Semasa memandu dari pejabat untuk pulang ke rumah petang semalam, saya menghampiri satu simpang berhampiran rumah saya.

Secara tiba-tiba kedengaran bunyi 'berdentum' dan saya dapati cermin depan kereta saya 'retak seribu'.

Mujurlah ketika itu saya sudah hampir sampai ke rumah.

Andaikata cermin itu pecah semasa saya memandu di lebuhraya, tentulah masalah saya menjadi lebih rumit.

Demikianlah secebis kisah yang tidak dapat saya lupakan dan menjadi satu peristiwa 'bersejarah' di dalam perjalanan sebagai seorang pemandu.

2 ulasan:

saridahamid berkata...

Kasihan Sdr. Alang. Ada orang sengaja hendak balik atau batu itu terjatuh dari langit (gurau sahaja).

Sungguh tidak bertanggungjawab orang yang terbaling atau sengaja membaling batu.

Sabarlah!

Imran Yusuf berkata...

Puan Saridah,

Saya tidak dapat pastikan sama ada cermin itu pecah kerana 'dibaling' batu atau akibat pertukaran udara 'panas-sejuk' yang mendadak membuatnya pecah.

Ada teman memberitahu bahawa cermin itu kemungkinan juga pecah bila tarikh luput (expiry date) sudah tiba.

Apa pun, saya sudah tukar dengan cermin baru dan di sudut cermin baru terpampang logo baru Proton (gambar kepala harimau!). Sekurang-kurangnya logo baru walau pun kereta model pertama Proton... :)