Rabu, 11 April 2007

Janda Baik Lagi




Oleh kerana anak-anak saya teringin untuk berkelah dan mandi-manda di sungai yang agak terpencil dan jauh dari hiruk-pikuk taman rekreasi biasa, kami berkunjung ke Janda Baik lagi.

Lebuhraya Karak agak lengang di pagi Ahad 8 April yang lalu dan sekejap sahaja kami sudah sampai di tepi sungai itu.

Anak-anak saya gembira sekali mandi dan bersantai di sungai itu. Airnya dingin dan nyaman dan saya rasakan seolah-olah berada di dalam jacuzzi sahaja layaknya.

Kami hidupkan api dengan menggunakan dahan-dahan, ranting dan daun-daun kering yang terdapat di kawasan tersebut.

Selepas puas berendam dan berkelah kami menuju ke masjid di situ untuk bersolat Zohor.

Kami tidak berkunjung ke Semanggol kerana Puan SifuPTS sedang berada di Leiden, Belanda ketika ini.

Selepas menjamu selera makan tengah hari di sebuah gerai makan masakan Minang kami pun pulang ke Lembah Kelang.

2 ulasan:

saridahamid berkata...

Teringin juga hendak pergi Janda Baik....tak jauhkah?

Imran Yusuf berkata...

Puan Saridah Hamid,

Sila lah berkunjung ke Janda Baik. Tidak jauh sangat dari pesimpangan Lebuhraya KL-Seremban di Sg Besi hingga ke pintu masuk Kg Janda Baik memakan masa lebih kurang satu jam sahaja. Itu kalau pemanduan terus, tanpa stop mengambil gambar pemandangan yang menarik.

Kalau ada Puan SifuPTS, dapat bersantai di situ seketika menikmati udara yang nyaman dan dingin.