Di dalam jangka masa 10 tahun dari tahun 1995 hingga 2004, jumlah tertinggi jumlah poligami ialah pada tahun 2002 iaitu 2,604 pasangan, manakala yang paling sedikit ialah pada tahun 2004 iaitu 651 pasangan. Di antara semua negeri-negeri di Malaysia, Kelantan negeri-negeri lain dengan 1,331 pasangan, manakala yang paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Labuan dengan 4 pasangan. Di Melaka tiada kes yang dilapurkan.Perangkaan ini dipetik dari sumber JAKIM. Pembaca yang berminat mengetahui perincian statistik tersebut boleh membaca di link laman wen JAKIM ini:
http://www.islam.gov.my/informasi/statistikpoligamiseluruhmalaysia.html
Adakah bermakna, wanita-wanita tidak gemar mengahwini lelaki dari Kelantan, kerana "risiko" dimadukan begitu tinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain?
4 ulasan:
Puan Ainon Mohd made this comment,
Tuan Alang,
Mengapa poligami paling tinggi di Kelantan, itu banyak faktor dapat menerangkannya. Mungkin:
1. Lelaki Kelantan tidak takut kepada isteri!
2. Banyak orang luar mendaftarkan perkahwinan poligami mereka di Kelantan, selepas bernikah di Thailand.
3. Amalan berpoligami bukan perkara yang dipandang rendah dalam budaya Kelantan, oleh itu risiko takut tidak dinaikkan pangkat, tidak dipilih jadi wakil rakyat dll, tidak jdi isu.
4. Perempuan Kelantan tidak berapa malu menjadi isteri kedua, ketiga ataupun keempat.
5. Proses bernikah mudah sebab berhampiran dengan Thailand. Pergi bernikah pagi, tengah hari sudah boleh balik makan nasi di rumah! Isteri tak tahu.....
6. Lelaki Kelantan handsome2, ada aura.... jadi banyak perempuan terpikat....
7.... tolong sambung....
comment added :: {ts '2006-10-09 08:08:35'} GMT+08
7. Orang Kelantan kasih sayangnya melimpah ruah hingga melimpah kepada lebih seorang isteri.
8. Wanita Kelantan berjiwa besar, sanggup menerima poligami sebagai sebahagian dari kehidupan Islami.
suami sekarang, klu nk berpoligami pun, sedar diri dlu..
jgn bg alasan nk kawin lg sbb ikut sunnah nabi la ape la...
nabi tu lain..
suami skrg ni, yg wajib pn liat nak kerjakan, ini kan pulak yg sunat..
jgn tahu nk kawin je ikut sunah...
jgn samakan taraf dgn Nabi...
so sedar2 ckit..jgn ikut nafsu jer.
cuba klu isteri pn d beri peluang utk kawin 4, aper rasa suami2?
tidak berkecai kah seluruh perasaan?
RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL.
jangan begitu... ada juga baiknya poligami... kalau benci pun jangan sampai lupa poligami tu halal hukumnya.
Catat Ulasan