"Saya memang menjaga rahsia perkahwinan dengan isteri kedua saya. Tetapi pada minggu lepas rahsia itu terbongkar," kata Abdullah sambil meneguk Kopi Jantan. Kami berbual di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
"Subhanallah, Tuan begitu rapi menjaganya. Bagaimana boleh terbongkar?" tanya saya sambil minum Kopi Radix, kopi pilihan saya.
"Saya berada di dalam kereta BMW isteri kedua saya. Berhenti di 'traffic light' dekat Masjid Kg Baru," ujar beliau sambil tersengih.
"Jalan sesak ketika itu?"
"Bila petang Jumaat, faham-faham sajalah. Jalan 'jem' teruk. Dengan tidak semena-mena isteri pertama saya melintas jalan di depan kereta kami. Dia pandang tepat ke muka saya!" kata Abdullah sambil ketawa.
"Apa jadi lepas itu? Bergaduhkah mereka?" tanya saya.
"Tidak sempat bertengkar. Saya baru cakap kata "Ini Intan, bukan orang lain. Saudara ayang juga" isteri pertama saya sudah ketuk windscreen BMW dengan tukul. Pecah windscreen!" kata Abdullah dengan selamba sahaja air mukanya.
"Mana datangnya tukul itu?" tanya saya.
"Itulah yang kita katakan 'kebetulan'," kata Abdullah. "Dia baru balik dari kedai hardware di situ."
"Dia buat apa dengan tukul itu?"
"Isteri pertama saya memang suka bertukang. Kerja paku-memaku di rumah dia buat sendiri," jawab Abdullah.
"Cuma hari itu dia 'memaku' windscreen kereta BMW isteri kedua tuan, ha ha ha!"
"Sudah takdir sudah sampai masa rahsia terbongkar," kata Abdullah.
Kami terus berbual-bual seketika lagi sambil Abdullah menanti ketibaan isteri keduanya. Saya pula menanti isteri pertama saya.
Advair Inhaler: Comprehensive Guide and Usage
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan