Seorang jiran saya bernama Rosnani ialah seorang wanita melebihi umur setengah abad yang sudah menghampiri menopaus, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, bentuk badan masih mengancam jantan miang dan mungkin juga lelaki beriman, dan kecil molek orangnya. Oleh kerana tingginya hanya 5 kaki maka tidak sangat kelihatan tua.
Baru-baru ini, saya dengar berita suaminya berkahwin satu lagi. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue. Peliknya majlis itu dibuat di rumah mereka sendiri; bahkan lebih pelik lagi, Kak Nani bertindak sebagai penyambut tetamu di hari bahagia suaminya. Yang menghairankan lagi, Kak Nani sambut dengan senyuman manis dan ikhlas di pintu gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguat kuasa itu?
Setahun, sudah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan. Apabila hampir dua tahun, cik abang tu berkahwin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Diringkaskan cerita apa yang berlaku ketika perkahwinan dengan isteri kedua berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sedikit pun !
Kak Nani pun kelihatan semakin montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Saya bertekad bertanya kepada suami Kak Nani petua atau ilmu dimilikinya sehingga dapat beristeri tiga dengan restu dan senyum isteri-isteri lain? Seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa suami beliau.
Apabila saya nyatakan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, "Tidak perlulah jumpa suami akak, sebab akak boleh nyatakan rahsianya." Saya agak kesal kerana sangsi dengan jawapan beliau.
"Adakah betul apa yang kak katakan ini?" kata saya . Jawab kak Nani, "Akak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka
mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali. Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami"
Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, "Dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang seperti gaya Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.
Saya batalkan hajat nak jumpa suami beliau itu, kerana sudah dapat mengetahui kisah sebenarnya.
2 ulasan:
Ok juga cerita kakak tu, kira ini satu pengalaman baru terutamanya lelaki, pecah tembelang kenapa kahwin lain. Rupa-rupanya ini juga salah satu punca poligami (tersenyum)...
-saridahamid-
Masya Allah. Ini kes yang lebih kurang sama dengan mereka yang pernah datang meluahkan rasa. Biasanya isteri begini pandai menyimpan rahsia keganasan suaminya.
Dan sangat-sangat penyabar.
Orang Islam yang paling baik ialah orang yang paling baik terhadap isteri dan anak-anaknya.
Nabilah.
Catat Ulasan